Karyawan hargai usaha KKM bantu penggiat seni menerusi PRISMA

Persatuan Karyawan
Persatuan Karyawan
A
A
A

PERSATUAN Karyawan Malaysia (Karyawan) mengucapkan terima kasih kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia di atas kewujudan Pakej Ransangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA).

Presidennya, Datuk Freddie Fernandez berkata, inisiatif yang diwujudkan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah itu ternyata menjadi rahmat buat warga seni tanah air

“Ianya merupakan satu pakej bantuan yang benar-benar diperlukan oleh penggiat industri daripada pelbagai bidang khususnya muzik.

“Ramai yang bergelumang dengan masalah ketiadaan sumber pendapatan dan benar-benar lumpuh di saat ini, atas pelbagai kekangan akibat serangan pandemik Covid-19 yang sudah hampir setahun.

“Inisiatif seperti ini bagaikan memberi nafas lega untuk para penggiat seni bangkit kembali melaksanakan segala kerja kreatif mereka yang menjadi sumber pencarian selama ini,” katanya menerusi satu kenyataan media.

Dalam pada itu, Freddie juga mengharapkan agar bantuan rangsangan itu dapat disalurkan kepada individu seni atau syarikat yang benar-benar aktif dalam industri sebelum ini dan mempunyai portfolio serta profil yang telah membantu perkembangan aktiviti seni tanah air.

“Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Saifuddin atas usahanya membantu mendapatkan kebenaran daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk warga filem meneruskan penggambaran walaupun dengan syarat dan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Kami berharap beliau akan melakukan usaha yang sama untuk membantu industri muzik yang hampir lumpuh dengan membenarkan persembahan artis di konsert dan kelab sejurus selepas PKP tamat pada 4 Mac ini.

“Penggiat industri muzik yang sudah hampir setahun tidak bekerja amat menaruh harapan kepada bantuan dan usaha pihak berkenaan untuk membenarkan mereka meneruskan kerjaya sebagai penyanyi dan pemuzik dalam industri muzik tanahair yang semakin hari semakin tenat,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca