PLATFORM e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara, Lazada menampilkan barisan bintang popular yang akan memeriahkan Lazada Super Party, konsert maya yang bakal disiarkan secara langsung ke enam negara pada Jumaat ini.

Penyanyi antarabangsa, Katy Perry dan kumpulan remaja nombor satu Korea, NCT Dream bakal tampil sebagai bintang utama konsert tersebut, selain bintang-bintang popular tempatan termasuk Joe Flizzow, Misha Omar, Aina Abdul, Yonniboi, Haqiem Rusli, Ismail Izzani dan ramai lagi.

Pengguna akan dihiburkan dengan pelbagai persembahan menarik sambil menanti detik bermulanya acara Lazada Surprise Birthday Sale atau Jualan Mengejut Ulang Tahun Lazada yang bakal berlangsung pada tengah malam Jumaat.

Konsert eksklusif Super Party itu boleh ditonton melalui saluran penstriman secara langsung dalam aplikasi LazLive milik Lazada, serta di rangkaian penyiaran tempatan Astro Ria, TV3 dan platform media sosial.

Bertemakan ‘Everyday Heroes’, konsert ini bukan sahaja diadakan bagi menghargai jasa para petugas barisan hadapan yang telah bertungkus lumus di sepanjang tempoh pandemik Covid-19, tetapi turut mengetengahkan pengorbanan individu dalam masyarakat yang menyentuh kehidupan orang ramai di sekeliling mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Lazada, Chun Li berkata, Lazada berkembang menjadi sebuah platform e-Dagang mantap kerana sokongan padu dan keyakinan diberikan oleh penjual, jenama, pelanggan dan rakan kongsi.

Iklan

“Sambil kita meraikan ulang tahun ke sembilan Lazada, kami ingin mengiktiraf impak positif yang dilakukan oleh setiap individu dalam komuniti.

“Kami berbesar hati dapat terus menetapkan penanda aras bagi industri e-Dagang, dengan memacu para usahawan serta jenama ke hadapan dalam perjalanan transformasi digital mereka dan memberikan perkhidmatan kepada para pengguna dengan menyediakan pengalaman membeli-belah yang mudah dan selamat,” katanya.

Iklan

Para pengguna boleh mendengar lagu-lagu yang bakal dipersembahkan oleh Katy Perry, NCT Dream dan artis-artis popular Asia Tenggara yang lain semasa konsert Lazada Super Party nanti menerusi senarai lagu Lazada 9th Birthday Super Party di dalam Spotify.

Konsert tersebut turut menampilkan segmen Membeli-belah Sambil Berhibur Lazada yang terkenal seperti Hujan Baucar yang menawarkan baucar sehingga RM100,000 untuk direbut, serta hadiah-hadiah eksklusif sebagai permulaan kepada Lazada Surprise Birthday Sale yang boleh digunakan pada Sabtu.