Kedai Lan Solo dirompak

Lan Solo - SinarPlus
Lan Solo - SinarPlus
A
A
A

PENYANYI Lan Solo memaklumkan kedai runcit miliknya, Solo Borneo Mart yang terletak di Puchong telah dirompak pada petang Khamis.

Lan menerusi laman Instagramnya memberitahu, perompak berkenaan yang juga seorang lelaki, telah memaksa pekerjanya untuk menyerahkan kesemua wang hasil jualan pada hari tersebut.

Bagaimana pun, ketika kejadian berlaku Lan dan isterinya, Nur Sheila Hassim, berada di Putrajaya untuk latihan Muzikal Lawak Superstar dan hanya pekerjanya yang berada di kedai.

Pada perkongsian sama, Lan atau nama penuhnya Mohamed Razlan Yusof, 35, meminta orang ramai untuk membantu dengan memberikan maklumat berkenaan suspek.

“Minta bantuan warga Puchong, kedai kami telah dirompak. Lelaki ini (gambar daripada CCTV) telah memaksa pekerja kedai saya serahkan duit jualan.

“Jika terjumpa lelaki ini, tolong dapatkan maklumat diri dan kenderaan yang digunakan,” katanya yang akan membuat laporan polis sejurus selepas itu.

Sebaik sahaja hantaran tersebut dilakukan, ramai rakan-rakan artis dan pengikut Lan di Instagram turut menyebarkan dan membuat hantaran semula status tersebut di Instagram Story masing-masing.

Menurut isteri Lan, Sheila, kejadian tersebut berlaku terlalu pantas ketika pelanggan tidak ramai di kedai.

“Sekejap sangat dia buat kerja, kurang tiga minit. Masa kejadian itu selepas Asar, jadi orang mmg kurang masa-masa begini.

“Kedai kami ada CTVV sepenuhnya pun dia berani buat. Mungkin kerana kesempitan hidup memaksa dia buat kerja mencuri ini.

“Video juga kami dah save dan tunggu masa untuk serahkan pada pihak polis,” katanya.

Bagaimanapun tambah Shiela, dia bersyukur pekerjanya tidak diapa-apakan dan dalam keadaan selamat.

“Kasihan mereka, trauma. Duit boleh cari, keselamatan nyawa dan emosi pekerja kami cukup jaga. Tapi benda dah nak jadi kan.

“Apa-apa pun, terima kasih kepada semua yang prihatin dengan kejadian semalam. Famili, rakan-rakan artis, jiran-jiran niaga, pihak polis dan semua yang membantu kami.

“Kami yakin, Allah dah susun yg terbaik buat kami,” katanya.

Solo Borneo Mart yang menjual produk makanan kering dan basaha dari Borneo iaitu Sabah, Sarawak, Labuan serta Brunei  diusahakan oleh Lan bersama isteri, sejak lebih setahun lalu.

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Lan Solo & Sheila)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca