Kehamilan kedua beri pengalaman berbeza buat Siti Nurhaliza

March 6, 2021
Oleh Wawann Mohd

MESKI sedang berehat panjang bagi memberi tumpuan kepada kahamilan keduanya yang kini sudahpun memasuki trimester ketiga, penyanyi tersohor, Datuk Sri Siti Nurhaliza tetap berkongsi perkembangan terkininya dengan peminat.

Mengakui kehamilannya kali ini agak berbeza berbanding pertama, Siti, 42, berkata, cabaran sebagai ibu mengandung lebih dirasai kini.

Iklan

“Kehamilan kedua ini rasanya lebih berat dan kebanyakan orang kata kandungan saya nampak lebih lebih besar berbanding Aafiyah dulu.

“Mungkin kerana mengandungkan anak lelaki, saya mudah berasa penat dan banyak simpton kehamilan saya lebih rasa kali kini.

“Apapun, alhamdulillah baby dalam keadaan sihat. Doakan semoga semuanya selamat sehingga melahirkan nanti,” katanya.

Iklan

Pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu turut mendedahkan tidak mengidam sebarang makanan untuk kehamilan kali ini, tetapi tidak boleh mengambil makanan pedas sebagaimana kebiasaannya.

“Sejak hamil, saya tidak boleh mengambil makanan pedas. Mulanya saya cuba juga, tetapi tak boleh dan akan jadi ‘heart burn’ lagi teruk.

Iklan

“Memang agak menyedihkan kerana saya memang sukakan makanan pedas, tetapi terpaksa elakkan untuk kesihatan diri.

“Menu makanan saya kali agak terhad dan kebanyakannya hanyalah sup dan makanan kampung yang ringkas.

“Mungkin itulah antara pengorbanan yang perlu dilakukan seorang ibu. Jadi saya lalui saja dengan reda dan tenang,” seloroh Siti.

Tambah Siti lagi, sejak hamil anak kedua, dia jarang masuk ke dapur kerana alah dengan bau minyak dan masakan bergoreng.

“Saya akui jarang masuk dapur kerana tidak boleh bau minyak dan masakan bergoreng.
“Apabila memasuki trimester kedua, barulah saya masuk dapur sekali-sekala sediakan makanan Aafiya atau masak menu kegemaran suami yang ringkas-ringkas,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Siti yang tampil dalam sidang media Vantage Siti Series 2021 bersama Go Shop yang berlangsung secara virtual pada Rabu, turut berkongsi produk terbaharu yang diwakilinya bersama jenama itu,

Produk Vantage Siti Series 2021 menawarkan set peralatan memasak, pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’ beserta periuk bertekanan tinggi dua dalam satu yang pertama di Malaysia.

Menariknya kesemua produk dalam siri eksklusif yang juga dikenali sebagai ‘Siti Smart Pro’ itu akan memperlihatkan tandatangan istimewa Siti pada permukaan luarnya.

Produk eksklusif yang terhad kepada 3,000 unit itu bakal diperkenalkan melalui siaran langsung ‘Istana Impian Siti’ pada 7 Mac ini, bermula jam 9 pagi hingga 12 tengahari di saluran Go Shop Ruuma (ch118) dan Astro Ria HD (104).

“Saya berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang berkolaboratif bersama Vantage dalam melancarkan set produk eksklusif untuk Go Shop dan berkongsi manfaat memasak dengan lebih mudah serta sihat dengan rakyat Malaysia.

“Produk ini sangat istimewa kerana selain memasak, pengguna juga boleh berhibur dengan jingle nyanyian daripada saya, selain gambar sdan tandatangan saya yang disertakan pada barangan ini,” ujarnya.

 

(FOTO: Go Shop & Instagram DS Siti Nurhaliza)

Iklan

About Wawann Mohd

Biodata Penulis
Iklan