Keith Foo akui perkahwinan sudah berakhir, kini bergelar duda
PELAKON Keith Foo mengesahkan sudah bercerai dengan model, Kim Raymond pada Disember tahun lalu, sekali gus menjawab tanda tanya ramai berkenaan status perkahwinannya.
Menurut Keith, 37, sebagaimana dipetik daripada laporan media, perpisahannya dengan bekas isteri berlaku dengan cara baik selepas masing-masing tidak lagi sehaluan sejak dua tahun lalu.
“Kami tidak lagi bersama sejak dua tahun lalu, bagaimanapun hanya bercerai secara rasmi pada akhir tahun lalu.
"Jodoh kami tidak panjang sebagai suami isteri, tetapi mungkin serasi serasi sebagai kawan. Malah, hubungan itu lebih positif selepas kami tiada ikatan," katanya sebagaimana dilaporkan.
Tambah bintang yang mula dikenali menerusi drama Arianna Rose itu lagi, anak tunggalnya, Skylar Raymond Foo, 3, kini di bawah jagaan bekas isteri.
“Apa pun terjadi, kami bersetuju untuk menjaga anak dengan baik," katanya.
Keith dan Kim Raymond mendirikan rumah tangga pada November 2015 dan dikurniakan seorang anak perempuan.
(FOTO: Instagram Keith Foo)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang