Keith Foo jelas punca berat badan turun 13KG
SELEPAS lebih dua tahun berehat seketika daripada dunia lakonan, pelakon Keith Foo kini kembali mengatur perjalanan kerjaya seninya.
Namun apa yang menarik perhatian ramai, terutama para peminatnya apabila melihat sosok tubuhnya yang semakin kurus berbanding sebelum ini.
Ada yang mengandaikan pelakon yang mula mencipta nama menerusi drama Ariana Rose itu mungkin mengalami penurunan berat badan kerana tertekan dengan perceraiannya bersama bekas isteri, Kim Raymond Disember tahun lalu.
Terkejut dengan andaian tersebut, Keith tampil menafikan sekali gus memberikan sebab sebenar kenapa berat badannya semakin menyusut kini.
“Macam-macam andaian mula kedengaran apabila tengok sosok badan saya berbeza sekarang.
“Sebenarnya kalau ada yang mengikuti saya di Instagram, sebelum berpisah lagi saya sudah dalam misi menguruskan badan.
“Malah bantuan produk makanan kesihatan, Cococurv yang saya ambil sejak enam bulan lalu juga membantu saya membakar lemak dengan lebih cepat lagi,” jelasnya.
Tidak hanya itu, akui Keith, dia juga aktif melakukan rutin senaman dan terlibat dengan aktiviti lasak untuk menurunkan berat badan dengan cara yang sihat.
“Sejak kebelakangan ini memang rutin bersenam itu jadi ketagihan hidup saya. Berlari misalnya kini menjadi rutin harian saya.
‘Kalau tak sempat berlari saya memperuntukkan masa sekitar 30 hingga 45 minit di gim, tapi kalau ada masa saya gabungkan kedua-duanya sekali pada waktu tertentu.
“Sesekali saya pilih lokasi memanjat gunung untuk menambah stamina, selain imbangi semua aktiviti tersebut dengan pengambilan Cococurv,” katanya.
Menurut Keith lagi, jika berat badannya sebelum ini mencecah 83 kilogram, terkini dia berjaya menurunkan berat sekitar 70 hingga 73 kilogram.
Keith bagaimana menjelaskan, misinya menurunkan berat badan bukan kerana mahu pasang badan selepas berstatus solo, sebalik kerana mahukan gaya hidup yang sihat.
“Pada tahap dan zaman sekarang, soal menjaga badan itu bukan semata-mata nak nampak hebat dan cantik dalam gambar. Apatah lagi tunjuk bagus, tetapi ia lebih kepada gaya hidup.
“Saya buat semua ini juga demi survival dan kelangsungan dalam dunia seni. Sekian lama menyepi saya juga mahu tampil segar bersaing dengan bakat baharu dengan positif.
“Saya lakukan ini juga demi anak dan untuk menambah kepercayaan terhadap diri,” kata bapa kepada seorang anak perempuan itu lagi.
(FOTO: Instagram Keith Foo)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang