Kelab Gentlemen semarakkan sambutan Hari Malaysia

A
A
A

BERSEMPENA sambutan hari Malaysia dan kempen Kempen Tabung Pahlawan 2020, Media Prima Berhad menenerusi kolaboratif bersama Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM), menampilkan sebuah telefilem istimewa berjudul Kelab Gentlemen.

Menurut pengarahnya, Gavin Yap, Kelab Gentlemen mempunyai jalan cerita menarik yang mengetengahkan nilai sentimental veteran ATM.

“Mereka tidak mengharapkan pingat dan pangkat tetapi tidak mahu ketinggalan meraikan Hari Pahlawan yang membawa signifikasi kepada mereka.

“Kami berharap penonton dapat menerima mesej yang ingin disampaikan dengan positif dan memberi penghormatan atas pengorbanan para perajurit negara serta veteran ATM,” ujarnya.

Telefilem berdurasi 90 minit itu membariskan pelakon hebat tanah air yang terdiri daripada Datuk Rahim Razali, Sabri Yunus, Azman Hassan, Vanidah Imran, Siti Farah Abdullah dan Aiman Hakim Ridza.

Sementara lagu tema Tabung Pahlawan 2020 berjudul Perwira, hasil ciptaan Aubrey Suwito dan Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios Sdn Bhd, Datuk Ahmad Izham Omar yang dinyanyikan oleh Ning Baizura pula diangkat sebagai OST.

Kelab Gentlemen mengisahkan tiga pesara perajurit negara yang kini tinggal di sebuah rumah jagaan warga tua. Hassan Azman Hassan, Oz dan Kapten Kamal berkongsi satu persamaan yang sangat istimewa dari segi semangat perjuangan mereka.

Suatu hari, mereka berpakat untuk menyelinap keluar dari rumah jagaan itu kerana ingin menyaksikan Perbarisan Hari Pahlawan dan masing-masing menyimpan sebuah rahsia yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya.

Kelab Gentlemen bakal menemui penonton TV3 pada 12 September ini, jam 9 malam. Ia juga boleh distrim di portal www.tonton.com.my

 

(FOTO: TV3)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca