PASANGAN komposer Julfekar Ahmad Shah dan Min Yasmin tidak pernah berputus asa biarpun terpaksa menunggu selama sedekad untuk mendapatkan zuriat.

Akhirnya penantian tersebut berakhir pada 16 September lalu bila mana Min selamat melahirkan bayi sulung mereka.

Tarikh berkenaan disifatkan amat bermakna kerana jatuh pada Hari Malaysia.

julfekar

Menceritakan pengalamannya yang menanti lama sebelum dikurniakan cahaya mata, isteri kesayangan komposer terkenal itu mengakui terharu dan sebak dengan anugerah yang tidak ternilai itu.

“Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi lelaki pada hari yang cukup istimewa iaitu 16 September. Memang tidak terjangkau akan melahirkan seawal ini. Sementelah suami pula berada di Filipina atas urusan kerja.

“Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan akibat masalah tekanan darah tinggi yang tidak terkawal. Malah, detak jantung bayi waktu itu semakin lemah. Selepas berbincang, doktor sarankan supaya terus dibedah,” ujar Min tatkala ditemu bual SinarPlus.

Baca ni 10 tahun menanti anak, Julfekar sambut kehamilan isteri sebagai hadiah Hari Bapa paling bermakna

julfekar

PENANTIAN BERBALOI
Mengulas lanjut mengenai kelahiran permata hatinya itu, pemilik nama sebenar Nurul Yasmin Abdul Aziz mengakui, tiada kata-kata yang mampu diungkapkan tatkala diri sudah bergelar ibu selepas lama menunggu.

“Sebagai ibu, saya sangat bersyukur atas kurniaan ini. Kalau nak cakap tentang perasaan saya, memang tidak tergambar dengan kata-kata. 10 tahun penantian yang cukup berbaloi kerana inilah yang kami nanti-nantikan selama ini.

“Walaupun abang (suami) sudah ada empat anak dan tujuh cucu dengan perkahwinan terdahulu, namun kami tetap ingin merasai pengalaman mempunyai anak sendiri dengan perkahwinan baharu. Lebih-lebih lagi saya anak sulung dan sebagai wanita mahu merasai peluang menimang anak sendiri,” ungkapnya.

Baca lagi Rambut panjang Remy Ishak kena ‘cantas’ sebelum kelahiran anak, isteri kata susah dapat peluang

Julfkar

Pun begitu, katanya, dalam tempoh tersebut, beliau sentiasa menanam perasaan positif dan tidak pernah mengeluh walau rezeki belum berpihak kepadanya lagi.

“Bertambahlah seorang lagi anak Bro Jul sekarang. Inilah nikmat yang Tuhan pinjamkan kepada saya dan suami.

“Alhamdulllah, cepat atau lambat semua ketentuan-NYA. Saya tidak pernah pertikai tiada anak, tidak boleh mengandung sebelum ini. Sebaliknya saya tawakal kepada ALLAH,” ujarnya.

BAYI PRAMATANG

Iklan

Dalam pada itu, Min memohon orang ramai agar menitipkan doa, keselamatan dan kesihatan sepenuhnya buat bayi pramatang mereka.

Baca lagi Bayi pramatang ajaib ‘terkeluar’ dari rahim ibu maut dihempap lori, hidup, berikut kejadiannya

“Memandangkan usianya baharu tujuh bulan ldan saiznya kecil dengan berat baharu 880 gram, bayi kami masih ditempatkan dalam inkubator. Justeru, saya berharap orang ramai mendoakan bayi kami supaya terus berjuang, kuat dan membesar sihat seperti anak-anak yang lain.

“Sebagai ibu juga, saya berharap bayi kami ini bakal menjadi seorang anak yang soleh dan membawa kebaikan kepada agama, bangsa dan keluarga. Terima Kasih semua atas doanya,” ungkap Min sebelum menutup perbualan secara maya bersama penulis.

Iklan

julfekar

Untuk rekod, Julfekar dan Min Yasmin berkahwin pada April 2014 dalam satu majlis di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Julfekar. Sebelum itu, beliau pernah berkahwin dan dikurniakan empat orang cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang