PENYAMPAI radio Suria FM, Issey Fazlisham berkongsi keterujaan apabila isterinya, Noor Aimi Jamel, hamil anak pertama mereka.

Menurut Issey atau nama sebenarnya Fazlisham Mat Hussin, 33, kandungan isterinya sudah mencecah empat bulan.

Katanya, dia sengaja merahsiakan seketika berita gembira itu sebelum berkongsi kepada umum.

“Kami memang buat keputusan untuk tidak berkongsi lebih awal kerana tunggu kandungan betul-betul kuat, baharu kami sedia kongsikan.

“Apabila dapat tahu isteri mengandung, saya memang teruja, isteri juga ikut teruja walaupun ini anak keempat buatnya tetapi ia anak pertama buat kami.

“Kalau boleh saya nak baby girl sebab nak bagi Humairah (anak ketiga hasil perkahwinan pertama Aimi) ada kawan bermain,” ujarnya seperti di laporkan mStar.

Keluarga Issey dan Aimi.

Issey sebelum itu berkongsi berita gembira tersebut menerusi saluran YouTube miliknya bersama tiga anak tirinya iaitu Muhammad Uqashah, 10, Muhammad Qayyum, 9, dan Cataleya Humairah, 6 tahun.

Iklan

Issey menamatkan zaman duda dengan Noor Aimi yang juga rakan sekolahnya pada 22 Disember 2019.

Perkahwinan terdahulu bersama Syuhadaa Syafiqqa Abdul Rashid hanya bertahan setahun setengah dan mereka tidak dikurniakan cahayamata.

Iklan