Kembali bergelar isteri, Farawahida mohon doa yang baik-baik

Farawahida
Farawahida
A
A
A

PENYANYI Farawahida bergelar isteri buat kali kedua apabila selamat melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya yang dikenali sebagai Zulkifli, hari ini.

Fara, 36, berkongsi berita gembira tersebut menerusi Instagram miliknya sebentar tadi, meluahkan rasa syukur apabila atas pernikahan tersebut.

“Alhamdullilah, hari ini saya sah bergelar isteri kepada Zulkifli dengan sekali lafaz di Masjid Daerah Taiping.

“Mohon kawan-kawan yang saya kasihi, doakan semoga kebahagiaan ini sampai hingga ke Jannah. Amin,” tulisnya ringkas tanpa berkongsi butiran lanjut tentang majlis tersebut.

Dalam pada itu, penyanyi yang dikenali dengan lagu Tanpamu itu berkata, dia akan memberikan kenyataan lanjut selepas majlis tersebut selesai.

“Untuk rakan-rakan media yang saya hormati majlis masih lagi berlangsung, segala statement akan diberi setelah majlis selesai. Terima kasih,” ujarnya beserta muat naik fotonya bersama suami.

Terdahulu Fara berkongsi foto majlis pertunangannya yang ternyata mengejutkan ramai peminatnya.

Fara sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Shukor Mohd Zain pada 16 Disember 2013. Bagaimanapun status rumah tangga mereka mula menjadi bualan pada 2017 apabila Fara tidak lagi gambar suaminya di media sosial.

 

(FOTO: Instagram Farawahida)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca