PENGACARA, pelakon dan usahawan, Noor Neelofa Mohd Noor mendedahkan sikap lemah lembut dan kematangan pendakwah bebas, Haris Ismail, 26, telah memikat hatinya.

Berkongsi detik perkenalan mereka, Neelofa berkata, dia mula mengenali Haris atau jugak dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Riz pada 2017.

Setahun kemudian, mereka menjalinkan kerjasama sebelum hubungan itu semakin rapat.

“Sejujurnya, saya mula mengenali Haris pada tahun 2017. Sekitar bulan Jun kalau tak salah.

“Kemudian pada 2018, saya bekerjasama buat kali yang pertama dengannya untuk sebuah
projek. Selepas kolaboratif tersebut, kami tidak berhubung sehinggalah setahun kemudian.

“Dari titik pertemuan semula itu, kami mula mengenali hati budi masing-masing. Dia merupakan seorang yang sangat baik, lemah lembut dan matang. Apabila berbual dengannya, kita boleh bincangkan banyak hal dan ia membuatkan saya berasa selesa.

Artikel berkaitan: Neelofa, Haris bergelar suami isteri

“Dia juga merupakan seorang pendengar yang baik dan sentiasa cuba membantu memberi solusi jika saya menghadapi sebarang kesukaran atau masalah,” katanya.

Iklan

Neelofa, Haris bergelar suami isteri

Ditanya soal cahaya mata, Neelofa berkata, mereka tidak menolak untuk dikurniakan cahaya mata secepat mungkin.

Iklan

“Seperti mana jodoh, perihal zuriat juga saya serahkan kepada aturan Yang Maha Esa. Jika diberikan rezeki dalam masa terdekat, saya terima dengan tangan terbuka.

“Harapan kami, semoga Allah SWT sentiasa memberikan rahmat kepada keluarga kecil yang baru sahaja kami bina, dan semoga setiap rahmat itu dapat memupuk hubungan kami sebagai pasangan suami isteri.

“Saya juga ingin berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dan juga suami,” ujarnya.

Sumber Foto: Wedlocx.co