TIDAK berdiam diri dengan isu yang mengaitkan beliau dengan gadis obesiti, Nurul Airawani Nazira Ibrahim dan Wani Comel, usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman akan menjawab segala dakwaan dalam satu sidang media Isnin depan.

Menurut Aliff, 33, menerusi dua posting berbeza di Instagram miliknya, dia sudah mengagak dengan apa yang berlaku di sidang media.

Alhamdulillah. Saya tunggu-tunggu juga akhirnya hari ni berlaku. Saya simpan segalanya dari hari pertama saya berjumpa beliau. Tunggu penjelasan saya Isnin nanti jam 2 petang.

“Ikut hati nak jawab juga hari ni tapi tak ada persediaan dari segi masa biar anda sendiri menilai dan kami tahu siapakah punca perkara ini.

“Saya akan menjawab semua persoalan dengan segala maklumat yang ada dalam perjanjian, tidak separuh-separuh seperti yang dibaca. Dengar boleh tetapi pastikan dengar kedua-dua belah pihak.

“Jangan pernah melupakan mereka yang peduli dengan kamu ketika kamu susah, serta jangan melupakan orang yang sudah membantumu bahkan ketika kamu tiada yang mahu membantu,” tulisnya pada entri pertama.

Beberapa jam kemudian, Aliff memuat naik satu lagi entri di Instagram miliknya.

Tegas Alif, dia tidak pernah merahsiakan mengenai pembedahan bariatrik yang dibuat pada Ogos 2019 dan turut memuat baik beberapa paparan skrin mengenai perkara itu.

Iklan

Saya dah lama beritahu dalam Facebook saya yang saya buat bariatrik pada Wani atas nasihat doktor. Saya siap post pada tarikh 19 Ogos 2019 (doktor pun turut muat naik).

“Benda dah lama kenapa lah baru nak cerita. Ketinggalan ke awak. Lain kali nak kenakan orang research habis-habis okay. Jangan separuh jalan,” katanya.

Tambahnya lagi, dia hanya berkongsi sedikit cerita sahaja daripada kisah sepenuhnya kerana segalanya akan didedahkan pada hari Isnin nanti seperti yang dijanjikan.

Iklan

Nak tau details semua voice dan agg (perjanjian) kita tunggu Isnin ini dan apa tindakan yang bakal saya ambil kepada mereka yang tak habis-habis ambil kesempatan utk menjatuhkan saya.

“Penatlah layan orang-orang ini. Saya nak niaga tau, saya tak kacau orang.

“Kepada Wani terima kasih banyak-banyak. Awak nak saman saya? Kerjalah adik Wani sayang oii…

“Dah boleh jalan carilah rezeki. Orang lain kerja siang malam pagi petang dik cari rezeki untuk keluarga, awak nak harap duit bantuan sampai bila?

“Sepanjang rawatan, kos semua saya tanggung, bayar coach terapi kaki, makan, tempat tinggal semua saya yang tanggung…

“Seposen pun tak minta duit awak, adik Wani. Jadi jangan menangguk di air yang keruh,” ujarnya.