Kerap digandingkan bersama, Kamal Adli mahu beri peluang Uqasha dengan hero lain

KAMAL ADLI - UQASHA
KAMAL ADLI - UQASHA
A
A
A

SETELAH setahun menjalani kehidupan berumah tangga dan bergelar suami kepada Uqasha Senrose, pelakon Kamal Adli mengakui bahagia dengan apa yang dimiliki kini.

Biarpun masih dalam proses menyesuaikan diri dengan fasa baharu yang dilalui itu, Kamal, 37, berkata, banyak perkara baharu dipelajari, sekali gus mematangkan dirinya.

“Alhamdulillah kami baru sahaja menyambut ulang tahun pertama perkahwinan kami pada November lalu dan tempoh setahun itu dijalani dengan cukup menyeronokkan.

“Banyak perkara baharu yang saya dan isteri pelajari setelah berkahwin dan proses itu turut mematangkan kami dalam menjaga rumah tangga dengan sebaiknya.

“Cabaran tahun pertama ini adalah untuk saling menyesuaikan diri dan kami berjaya hadapi sama-sama dengan baik. Kalau kita betul-betul sayangkan sesuatu hubungan itu, kenalah saling menjaga dan menerima kelebihan serta kekurangan yang ada,” ujarnya.

Kamal yang ditemui pada majlis pratonton filem Escape di GSC The Starling Mall pada Selasa manganggap dirinya bertuah dikurniakan isteri yang memahami dan mempunyai minat yang sama dengannya.

“Kami mempunyai minat yang sama bukan sahaja kerjaya, tetapi juga dalam melakukan hobi dan aktiviti luar seperti berkhemah.

“Seronok bila dapat lakukan aktiviti yang kita suka bersama pasangan yang mempunyai minat yang sama,” katanya.

Filem Escape

Mengulas tentang tawaran lakonan yang kerap mahu menggandingkan dia bersama isteri, Kamal berkata, buat masa ini mereka memutuskan untuk berehat seketika daripada berlakon bersama bagi memberi peluang untuk masing-masing mencari kelainan dengan bergandingan dengan pelakon lain.

“Selepas kahwin memang kami banyak digandingkan bersama, cuma watak sahaja yang berbeza-beza. Takut penonton bosan.

“Jadi saya fikir adalah lebih baik buat masa ini kami rehat sekejap. Dalam masa sama saya juga mahu beri Uqasha peluang untuk bergandingan dengan lebih ramai pelakon lain.

“Bukan mahu menolak terus, cuma biarlah ada sedikit jarak agar tidak terlalu kerap berlakon bersama,” katanya.

Dalam pada itu, Kamal yang teruja apabila filem terbaharu lakonannya, Escape yang sebelum ini tertangguh tayangannya disebabkan pandemik Covid-19, bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 5 Januari (esok).

“Filem ini sangat mencabar buat saya dalam segala aspek. Apa yang boleh saya katakan, penonton bakal menyaksikan sesuatu yang berbeza daripada saya.

“Sejak dari dulu saya memang impikan untuk buat filem aksi dan akhirnya ia menjadi kenyataan menerusi Escape.

“Proses penggambarannya tidak mudah, tetapi saya seronok dan puas hati dapat berikan kelainan dalam lakonan,” akhirinya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca