TIDAK mahu ketinggalan bertemu peminat setia di Malaysia, kumpulan popular dari Indonesia, Krispatih bakal tampil dengan sebuah konsert di Zepp Kuala Lumpur pada 24 Februari depan.

Istimewanya ia turut menampilkan bekas vokalis kumpulan itu, Sammy Simorangkir, sekali gus menamakan persembahan tersebut sebagai Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir.

Konsert berdurasi dua jam anjuran 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live itu akan menyaksikan Krispatih menyampaikan seleksi 20 buah lagu popular mereka.

Antaranya seperti Mengenangmu, Tapi Bukan Aku, Untuk Pertama Kali, Bila Rasaku ini Rasamu, Aku Harus Jujur dan banyak lagi lagu termasuk single terbaharu, Pernah Terluka.

Penampilan Sammy bersama Kerispatih, semestinya bakal menggamit nostalgia para peminat mereka, selain mencipta memori baharu pada tahun 2023 ini.

“Jujurnya, kami sudah lama menanti kesempatan untuk kembali menyapa dan mengubat rindu peminat di Malaysia. Apa lagi mereka adalah antara penyokong terbesar kami.

“Mengambil semangat judul konsert ini, kami juga ingin berkongsi nostalgia dan momen terbaik kepada semua. Akan ada banyak lagu yang dipersembahkan nanti.

“Malah ia pasti akan menjadi pertemuan perdana di tahun 2023 yang manis untuk dikenang dan diharap akan membuka lebih banyak pepuang untuk kami beraksi di sini pada masa akan datang,” ujar Kerispatih yang kini sedang giat membuat persediaan.

Iklan

Tiket konsert Moments of Kerispatih with Sammy Simorangkir dijual pada harga RM255, RM355, RM305 dan RM4,800 (VIP).

Pembelian boleh dibuat mulai 13 Januari melalui laman web https://momentsofkerispatih.com.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.