PENINGKATAN semula kes virus pandemik Covid-19 sejak Oktober lalu sememangnya menimbulkan kebimbangan bagi sesetengah rakyat Malaysia.

Bukan itu sahaja, peningkatan itu secara tidak langsung memberi tekanan semula kepada frontliners terutamanya yang berkhidmat sebagai doktor dan jururawat apabila perlu bekerja dalam tempoh yang lebih panjang bagi merawat pesakit Covid-19 yang terus meningkat.

Ia juga memberi kesan kepada keluarga frontliner kerana sukar untuk bertemu seperti biasa.

Salah seorang yang turut merasakan kesannya adalah pelakon berbakat besar, Ummi Nazeera.

Menurut Ummi, 30, dia begitu merindui suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani dan berharap Covid-19 lenyap secepat mungkin.

“Saya berdoa agar Covid-19 lenyap secepat mungkin. Tidak sabar menanti vaksin di bawa masuk ke sini.

Iklan

“Kesian frontliners bekerja siang dan malam termasuk suami saya. Tolonglah, kami mahu pasangan kami pulang semula.

Iklan

“Dan anda semua, tolonglah bertimbang rasa. Kesianlah dekat frontliners. Diaorang (mereka) pun ada family,” luahnya di Twitter.

Suami Ummi, Dr Mohd Izzar merupakan frontliner yang bertugas di sebuah hospital.

Dalam pada itu, ramai yang bersetuju dengan luahan Ummi dan marah dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang masih keluar bercuti dan bersesak biarpun dalam situasi seperti ini.