KETAKUTAN manusia berbeza-beza. Bagi penyanyi Mizz Nina, ketakutan yang terbesar dalam hidupnya ialah tidak menggunakan masa yang dikurniakan untuk kebaikan.

Mizz Nina baru-baru ini mengumumkan pendirian telah membawa haluan sendiri dan perpisahannya dengan vokalis kumpulan Hujan, Noh setelah 11 tahun berumah tangga.

Baca juga: Serah segala ketentuan kepada ALLAH : Mizz Nina

Baca juga: Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa

Berkongsi sekeping gambar bersama anaknya, Musa di laman sosial Instagram bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur dan menulis kapsyen berkaitan perkembangan dirinya.

“Alhamdulilah dapat melangkah keluar sebentar dan menghirup udara segar dan sinar matahari bersama Musa serta rakan.

“Alhamdulilah dan جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا atas segala doa, kata-kata semangat, hikmah dan sokongan. Semoga ALLAH membalas dan memberkati anda semua dengan lebih ‘khayr’, kasih sayang, rahmat, barakah, perlindungan dan kejayaan dunia dan akhirat.
Aamiin, aamiin, aamiin. Semoga ALLAH menjadikan anda dan lebih baik daripada apa yang orang katakan tentang kita,” titipnya.

Baca juga: Mizz Nina lancarkan aplikasi Islamik, Qalby App terima pujian ramai

Dalam pada itu, Mizz Nina berkongsi tentang tawakal dan melakukan perkara yang baik di dalam kehidupan termasuk menggunakan masa sebaiknya untuk perkara yang baik serta tidak tenggelam dalam emosi negatif seperti kesedihan.

“Hidup terus berjalan dan..

“Seperti yang dikatakan oleh salah seorang guru saya baru-baru ini, kita perlu bertawakal dan beriman kepada ALLAH dalam setiap perkara yang berlaku dalam hidup. DIA tahu apa yang terbaik dan akan memberikan yang terbaik.

“Kita hanya perlu terus melakukan yang terbaik, tidak tenggelam dalam kesedihan, kekecewaan masa lalu atau takut akan masa depan yang membawa kita kepada situasi tidak aktif atau tidak produktif.

“Itulah antara ketakutan terbesar saya, tidak menggunakan masa yang ALLAH berikan kepada saya untuk kebaikan dan hilang dalam emosi negatif.

Baca juga: “Nina ubah hidup saya”: Noh Salleh

Dalam pada itu, Mizz Nina turut berkongsi sepotong doa buat mereka yang sedang dalam kesedihan dan kesusahan.

Rakan selebriti dan warga maya menitipkan penghargaan dan sokongan buat Mizz Nina.

-“Saya sendiri banyak belajar dari akhlak dan perkongsian awak. Alhamdulillah, teruskan berkongsi dan sebarkan perkara yang baik.”

Iklan

-“Nina, anda seorang wanita yang kuat dan berkuasa. Semoga ALLAh mengurrniakan yang terbaik.”

-“Sukakan positiviti anda, tenaga dan inspirasi.”

-“Alhamdulillah. Semoga bahagia terus jadi milikmu.”

-“Aamiin, teruskan berkongsi. Perkongsian anda menyumbang kepada kekuatan keohanian saya.”

-“Stay safe Mommy and Musa. Lots of love.”

Iklan

Pengasas aplikasi Qalby App itu terdahulu mengumumkan perpisahan 4 Ogos lalu.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, dan Noh, 37, memfailkan perceraian pada 14 Jun lalu di mahkamah sama.

Baca juga: Bila-bila masa sahaja ALLAH boleh tarik nyawa kita – Fazli Zainal

Sumber: officialmizznina

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.