Kim Kardashian didakwa failkan penceraian

Untitled design (38)
Untitled design (38)
A
A
A

SELEPAS hampir tujuh tahun menjadi suami isteri, perkahwinan  Kim Kardashian dan Kanye West dilaporkan bakal berakhir tidak lama lagi.

Menerusi beberapa sumber terdekat pasangan itu, Kim K dikatakan sudah memulakan proses penceraian dan melantik peguam Laura Wasser untuk menguruskan perkara itu.

“Kanye tahu apa yang Kim lakukan. Dia tahu Kim tidak lagi mahu bersama dan perlukan ruang untuk merencana masa depannya.

“Dia sedih tetapi dia ok. Dia sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku juga suatu hari nanti,” ujar sumber berkenaan.

Bukan itu sahaja, Kim K, 40, dilihat sudah tidak lagi menyarung cincin perkahwinannya menerusi beberapa gambar di Instagram.

Pasangan itu berkahwin pada Mei 2014 di Itali dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu North, 7; Saint, 5; Chicago, 3; dan Psalm, 19 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca