Kini di pusat kuarantin, Sweet Qismina positif Covid-19

Sweet Qismina positif Covid-19
Sweet Qismina positif Covid-19
A
A
A

PELAKON Sweet Qismina disahkan positif Covid-19 menerusi keputusan ujian calitan yang diterima pada Selasa lalu.

Berita tersebut dikongsi Sweet atau nama sebenarnya, Farhana Qismina Supandi, 24, menerusi satu kenyataan media daripada syarikat pengurusannya, Warner Music Malaysia di laman Instagramnya semalam.

“Sweet berada di Kuala Kangsar, Perak untuk menjalani penggambaran filem Tariandi sejak 15 April lalu telah memberitahu berasa tidak sihat pada 16 April.

“Sweet mengambil ubat selama tiga hari berturut-turut tetapi keadaannya masih belum pulih dan sukar untuk bernafas.

“Menyedari keadaan itu, Sweet mengambil langkah untuk membuat ujian calitan RTK di Hospital Columbia Taiping dan keputusannya adalah positif,” ujar Warner dalam kenyataan tersebut.

Menurut kenyataan itu lagi, Sweet dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk dikuarantin dan menjalani ujian saringan PCR sebelum mendapati keputusannya adalah positif.

“Sweet kemudiannya dihantar ke Pusat Kuarantin di Ipoh untuk dikuarantin. Keadaan semasa Sweet sekarang tidak mempunyai sebarang komplikasi, cuma hilang deria rasa dan bau,” jelasnya.

Dalam pada itu, Sweet mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Hospital Kuala Kangsar kerana menjaganya dengan baik sebelum dihantar ke Ipoh.

Menerusi perkongsian sama, pelakon Pink Smile itu turut memuat naik foto terbaharunya ketika berada di pusat kuarantin.

"Tuhanku, Tuhan manusia, hilangkanlah penyakit. Berikanlah kesembuhan karena Kau adalah penyembuh.

"Tiada yang dapat menyembuhkan penyakit kecuali Kau dengan kesembuhan yang tidak menyisakan rasa nyeri," tulis Sweet dengan memetik sepotong doa untuk dikongsikan pada kapsyen foto tersebut.

 

(FOTO: Instagram Sweet Qismina)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca