Kisah Cinta Kita pertaruh gandingan pertama Aedy Ashraf, Amelia Henderson

Untitled design (58)
Untitled design (58)
A
A
A

ADAKAH anda akan mempertimbangkan cadangan untuk menyamar sebagai individu lain demi menyelamatkan nyawa orang tersayang?

Bersediakah anda berhadapan dengan segala dugaan dan cabaran sepanjang penyamaran tersebut apabila ia mula melibatkan soal hati dan perasaan?

Selami perasaan dan mainan emosi Aleesa lakonan Amelia Henderson menerusi drama terbaharu Kisah Cinta Kita di mana dia menerima tawaran Amer (Aedy Ashraf) untuk menyamar, namun akhirnya menyebabkan dia terjerat dalam situasi yang genting.

Drama terbitan A. Aida Production itu disiarkan menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7 malam dan boleh ditonton menerusi penstriman popular Disney+ Hotstar Malaysia.

Kisah Cinta Kita merupakan idea asal daripada Rehal Nuharis dan Bikash Nur Idris yang juga merangkap penulis skrip untuk drama rantaian arahan Riza Baharudin ini. Selain Aedy Ashraf dan Amelia Henderson selaku teraju utama, ia turut dibintangi Datuk Jalaludin Hassan, Datin Seri Maria Farida, Khaty Azian dan Ikmal Amry.

Drama 28 episod itu mengisahkan Aleesa yang didatangi seorang lelaki bernama Amer dan memintanya menyamar sebagai Natasha.

Amer berjanji akan menanggung kos pembedahan ibu Aleesa, sekiranya dia bersetuju menjadi Natasha demi kesihatan Datuk Ramzi yang masih berada di hospital.

Kemunculan semula Natasha dengan kecederaan pada wajah membuatkan Amer mahu Aleesa meneruskan lakonannya sebagai Natasha.

Demi ibunya, Aleesa meneruskan penyamaran sebagai Natasha dengan perasaan marah dan benci kepada Amer.

Aleesa mengesyaki Amer merancang untuk membolot harta Datuk Ramzi selepas ternampak Datin Laila dan lelaki itu dalam keadaan yang mencurigakan. Saksikan drama menarik di slot Akasia TV3 ini untuk mengetahui apakah yang berlaku seterusnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca