Kisah suka duka 15 Selebriti Popular Tanah Air dalam Media Hiburan Throwback

A
A
A

PROGRAM Media Hiburan Throwback ialah sebuah rancangan temu bual eksklusif berkonsepkan santai terbitan Astro Prima dengan kerjasama Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. menyingkap perjalanan seni 15 selebriti popular tanah air.

Menariknya, setiap barisan selebriti yang menjayakan musim ini juga pernah muncul dalam majalah Media Hiburan.

Terdahulu, segmen MHThrowback mula diterbitkan pada awal tahun lalu menerusi versi digital dan disiarkan di platform media sosial Media Hiburan dan mendapat sambutan hangat.

Masih mengekalkan konsep asal, segmen tersebut kini ditambah baik serta diangkat dalam versi program televisyen.

Bagi musim pertama ini, pengacara televisyen yang juga merupakan personaliti ERA, Radin Amir Affendy telah diberi mandat untuk mengendalikan program Media Hiburan Throwback selaku hos sepanjang 13 buah episod.

Menerusi program ini, para selebriti akan dikejutkan dengan keratan artikel berserta koleksi gambar lama mereka yang diambil daripada arkib majalah Media Hiburan.

Sesi temu bual santai itu diadakan di kediaman selebriti berkenaan.

Pelbagai reaksi yang disulami dengan 1001 kisah yang mungkin tidak pernah dikongsikan sebelum ini bakal dibawakan dalam Media Hiburan Throwback.

15 selebriti popular yang menjayakan musim pertama program ini ialah Datuk AC Mizal, Rita Rudaini, Datuk Rosyam Nor, Erra Fazira, Akim & Stacy, Didie Alias, Datuk Awie, Linda Onn, Faizal Hussein, Ifa Raziah, Shira & Ijoy, Norman Hakim dan Marsha Milan.

Program Media Hiburan Throwback akan berdurasi selama 30 minit secara eksklusif pada setiap hari Rabu, jam 9 malam mulai 24 Mac 2021 di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go dan perkhidmatan ‘on demand’untuk pilihan yang lebih fleksibel.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca