Kita sendiri pun kadang-kadang pernah tanpa sengaja menyekat IG orang – Siti Nurhaliza

DS Siti Nurhaliza
DS Siti Nurhaliza
A
A
A

PENYANYI terkenal Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak mahu memanjangkan isu berkenaan akaun Instagram (IG) miliknya disekat penyanyi Aishah tanpa sengaja baru-baru ini.

Menurut Siti, 42, dia sendiri tidak menyedari tentang perkara tersebut sehingga ia diperkatakan netizen.

“Saya pun baru tahu tentang perkara ini bila baca mengenainya.

“Sebelum ini saya tak tahu sebab tak periksa (IG disekat) kerana tak sempat nak pegang atau periksa telefon. Patutlah bila ‘tag’ nama, tak jumpa.

“Bagaimanapun, saya OK saja kerana kita sendiri pun kadang-kadang pernah tanpa sengaja menyekat IG orang. Itu perkara biasa.

“Apa yang penting, kita saling menghargai. Tak ada apa-apapun yang perlu diperbesarkan,” ujarnya ringkas.

Siti berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran single dan muzik video lagu kanak-kanak, Medley Klasik Siti 1, serta produk minuman Beaukids di Skyglass, Cyberjaya pada Khamis.

Terdahulu, penyanyi Aishah atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin, 56,  mengakui menyekat akaun IG Siti tanpa sengaja kerana kekeliruannya terhadap beberapa akaun palsu yang menggunakan nama Siti Nurhaliza.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca