Komposer era 1990an, Ruslan Mamat meninggal dunia

Untitled design (59)
Untitled design (59)
A
A
A

KOMPOSER terkenal era 1990an, Ruslan Mamat, meninggal dunia akibat masalah jantung dan jangkitan kuman pada paru-paru pada malam Jumaat di Hospital Serdang, Selangor.

Allahyarham Ruslan, 59, menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 9 malam dalam tidur.

Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 5 November lalu, namun kesihatannya semakin merosot sejak dua minggu lalu.

Ruslan yang juga menggunakan nama pena sebagai Nabila merupakan komposer yang cukup sinonim dengan irama dangdut dan pernah bekerjasama dengan ramai artis dangdut tanah air seperti Mas Idayu, Amelina, Haiza, kumpulan Eva, Ifa Raziah dan lain-lain.

Terdahahulu sebelum itu, Allahyarham juga pernah berkhidmat dengan Kumpulan Karangkraf sebagai editor dan wartawan beberapa buah majalah termasuk Watan, Bacaria, Media Hiburan dan Fokus SPM/STPM).

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 10, Cheras, hari ini.

 

(FOTO: Ihsan kumpulan Eva)

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca