Kongsi keadaan terkini kesihatan, Elyana mohon doa peminat

Elyana
Elyana
A
A
A

PENYANYI Elyana memohon doa daripada orang ramai agar proses rawatan radioterapi yang bakal dijalaninya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 33, berkongsi perkembangan terkininya menerusi satu video pendek yang dimuatnaik di laman Instagram Story miliknya pada Selasa.

Menerusi perkongsian tersebut, Elyana berkata, dia perlu menjalani rawatan terbabit untuk terus bertahan dan sembuh daripada penyakit kanser Limfoma yang dideritainya itu.

“Saya perlu lakukan rawatan radioterapi kerana doktor sendiri tahu saya tidak mahu buat kimoterapi.

“Disebabkan selalu batuk, hati dan paru-paru saya mula bengkak. Jadi kena buat radioterapi di bahagian dada.

“Menurut doktor, saya kena buat rawatan radioterapi sebanyak 10 sesi yang akan dilakukan dalam masa 10 hari.

“Saya harap semuanya berjalan dengan lancar dan mohon anda semua dapat mendoakan kesihatan saya agar cepat sembuh. Saya pun akan mendoakan kesejahteraan hidup kita semua,” katanya.

Dalam perkongsian sama, pelantun lagu Kalis Rindu memberitahu baru sahaja menerima dua beg darah yang dimasukkan ke dalam badannya.

“Badan saya dimasukkan dua beg darah di mana setiap satunya mengambil masa selama tiga jam.

“Selepas itu, doktor masukkan pula susu kerana berat badan saya semakin susut. Berat badan terkini saya ialah 35 kilogram sahaja,” ujarnya.

Elyana menghidap penyakit kanser limfoma sejak hampir 10 tahun lalu dan difahamkan kanser tersebut turut merebak ke beberapa organ badannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca