PERKAHWINAN personaliti media sosial, Farah Lee menjadi perhatian ramai selepas menamatkan zaman solo baru-baru ini.

Selepas tujuh tahun berpisah dengan bekas suami, Ally Iskandar, Farah memilih jurulatih horseriding, Mohamad Fuad Hashim sebagai pasangan hidup.

Baru-baru ini pengacara Malaysia Hari Ini itu memuat naik gambar plastisin dibentuk menyerupai tuala yang biasa dijadikan hiasan kamar hotel untuk pengantin baharu.

“Anak main clay. Anak minta daddy buat bentuk. Daddy tiada ilham. Picit dan pulas. Jadi apa entah,” kongsi Ally.

Baca juga: ‘Done kahwin lagi sekali.’ Kongsi gambar busana pengantin, Farah Lee kembali bergelar isteri

Baca juga: ‘Buat apa nak ada laki kalau boleh hidup sendiri?’ Moto hidup Farah Lee 5 tahun lalu sebelum hati dicuri Fuad Hashim

Baca juga: ‘Cantiknya rumah. Suka konsep retro tu, simple.’ Farah Lee kongsi dekorasi rumah raih pujian ramai. Klasik & nampak tenang!

Warga maya mengusik Ally mengatakan ia adalah simbolik ditujukan kepada bekas isterinya yang sedang dalam fasa bulan madu.

– “The best is not makin any speculation. Finally everyone mendapat kebahagiaan masing-masing.”

– “Wish untuk Omma Maream kot ni. Maream ada dua daddy finally.”

– “Selamat pengantin baru Omma Maream.”

– “Its a wish to the other side.”

– “Semua orang ada kenangan, apa-apa yang berlaku membuatkan terimbau.”

– “Macam swan honeymoon tu.”

Iklan

– “Kami faham.”

Umum mengetahui Ally dan Farah mengekalkan hubungan biarpun sudah berpisah pada 17 Ogos 2016.

Dikurniakan puteri tunggal, Maream Esabel yang kini berusia sembilan tahun, Allay dan Farah bersikap profesional dan mengekalkan hubungan baik demi anak perempuan tercinta.

Untuk rekod, pengacara berusia 47 tahun itu berkahwin dengan Farah pada 20 Januari 2012 namun jodoh tidak panjang, mereka berpisah empat tahun kemudian.

Iklan

Ally kemudian berkahwin dengan Marlina Ibrahim pada 22 Jun 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!