Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM sempena hari kemerdekaan

Konsert Bangkit Malaysia
Konsert Bangkit Malaysia
A
A
A

BERSEMPENA sambutan hari kemerdekaan negara yang ke-63, RTM bakal menyiarkan sebuah persembahan istmewa iaitu Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM.

Menariknya konsert pimpinan pengarah muzik terkenal, Datuk Mokhzani Ismail itu bakal menggabungkan tiga kumpulan Orkestra terulung iaitu Orkestra RTM (ORTM), Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) dan National Symphony Orchestra (NSO) melibatkan 66 pemuzik di satu pentas yang sama.

Konsert Bangkit Malaysia Simfoni Orkestra RTM yang diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri, Kuala Lumpur itu akan disiarkan pada 31 Ogos ini, jam 9 malam di TV1.

Mengangkat tema hari kebangsaan, Malaysia Prihatin, sebanyak 17 buah lagu patriotik baharu dan lama akan disampaikan pada konsert yang berlangsung selama dua jam itu.

Antaranya termasuklah lagu Malaysia Prihatin, Warisan, Untukmu Malaysia, Setia, Sejahtera Malaysia, Ilham Pujangga, Jalur Gemilang, Sehati Sejiwa, Standing in The Eyes of The World, Tanggal 31, Saya Anak Malaysia dan banyak lagi.

Seleksi lagu-lagu tersebut menjadi pilihan untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada orang ramai agar terus mempertahan dan memperingati segala hasil usaha dan titik peluh perwira negara dalam mencapai kemerdekaan.

Barisan artis yang terlibat dalam konsert ini terdiri daripada Ella, Francissca Peter, Anuar Zain, Misha Omar, Jaclyn Victor, Ernie, Syamel, Sean Ghazi, Aina Abdul, Danial Lee, Suki, Khai Bahar, Roy, Bob dan Vanidah Imran.

 

[FOTO: RTM]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca