Konsert Jelajah Suria di Alor Star dapat sambutan hangat

A
A
A

KONSERT Jelajah Suria terus mendapat sambutan hangat apabila dibanjiri peminat dan pendengar yang hadir di setiap lokasi terpilih termasuk di Aman Central, Alor Setar Kedah baru-baru ini.

Lebih 8,000 pengunjung dihiburkan dengan barisan artis popular tanah air seperti Exists, Ruffedge, Kristal X, Aris Ariwatan, Aishah, Khai Bahar dan Nabila Razali. Tidak ketinggalan bakat baharu, Zulhadi, Syameer Azmi, Aqeesh Aleeya, Aiman Zaidi, Wani Annuar, Heedan Mohd dan Danial Kifli.

Turut mencuri tumpuan persembahan pembukaan Tari Jelapang daripada kumpulan tarian Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kedah.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abdul Majid atau dikenali sebagai DJ Lin, bersyukur dengan sambutan luar biasa daripada peminat, sekali gus mencatatkan jumlah paling ramai sejak penganjuran siri Jelajah Suria.

“Terima kasih kepada semua peminat Suria FM di utara yang hadir memeriahkan konsert Jelajah Suria yang berlangsung pada Ahad lalu.

“Jumlah tontonan di platform digital Suria iaitu di Youtube Suria TV, Facebook Suria FM dan Aplikasi Suria Malaysia juga berjaya mencatatkan lebih 150,000 tontonan sepanjang acara berlangsung,” ujarnya.

Ruffedge turut menghiburkan penonton dengan lagu popular mereka.

Selain persembahan artis, pengunjung juga berpeluang untuk beramah mesra bersama barisan penyampai Suria seperti Ajak, Shuib, Suraya Borhan, Feeya Iskandar, Sharifah Shahirah, Tyzo, Anna J dan DJ Lin sendiri.

Menang hadiah

Pelbagai aktiviti turut disediakan termasuk peluang memenangi hadiah cabutan bertuah seperti motorsikal Modenas MR 3 dengan hanya membeli barangan eksklusif Suria di booth Kedai Suria sepanjang konsert berlangsung, selain memmenangi hadiah wang tunai lebih RM10,000 menerusi aktiviti pentas bersama Anggun Cotton Collection dan AC Gas selaku penaja utama.

Antara pengunjung bertuah yang berjaya membawa pulang hadiah menarik.

Selepas Alor Star, Jelajah Suria Anggun Cotton Collection bakal menggegarkan Kuantan City Mall, Pahang pada 25 Februari (Sabtu) ini.

Antara artis yang bakal memeriahkan siri jelajah di lokasi tersebut ialah Floor 88, Ernie Zakri, Syamel, Ramlah Ram, Afieq Shazwan, Haqiem Rusli, Amir Masdi, Azan Scan dan ramai lagi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca