SURIA FM buat pertama kalinya kalinya akan membawakan Konsert Digital Jelajah Suria ke skrin digital, jam 9 malam pada 24 Mac ini.

Konsert tersebut yang bakal disiarkan menerusi saluran Facebook Suria FM, Youtube SuriaTV, aplikasi Suria Malaysia, selain di frekuensi Suria FM itu akan menampilkan persembahan hebat daripada barisan artis popular tanah air.

Antaranya ialah Haqiem Rusli, Iman Troye, Dato Awie, Floor 88, Masdo, Lah Ahmad, Dayang Nurfaizah, Misha Omar, Farisha Iris dan Bob Yusof.

Meski berlangsung secara virtual, penonton boleh berinteraksi secara langsung bersama penyampai Suria dan artis yang terlibat.

Malah turut berpeluang memenangi hadiah wang tunai serta barangan eksklusif Suria menerusi aktiviti pentas sepanjang konsert berlangsung.

Dalam masa sama, Suria FM akan turut melancarkan kempen Bantuan Tunai Suria yang menawarkan sebahagian daripada RM40,000 bermula 22 Mac hingga 9 April depan.

Kempen tersebut memberi peluang kepada pendengar bertuah memenangi wang tunai RM300 setiap hari dengan hanya memberikan kata laluan apabila dihubungi oleh penyampai Suria.

Iklan

Peraduan itu diadakan dalam lima segmen utama Suria iaitu Team Pagi Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria Suria Petang dan Suria Cinta.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Suria jelajah.suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.

Iklan

 

(FOTO: Suria FM)