ORKESTRA Simfoni Kebangsaan (OSK) bakal mementaskan konsert orkestra simfoni The Carnival of the Animals di Panggung Sari, Istana Budaya pada 3 dan 4 Jun depan.

The Carnival of the Animals yang digubah oleh komposer Perancis, Camille Saint-Saens itu akan membawa penonton ke dalam kehidupan setiap haiwan yang diwakili instrumen muzik berbeza untuk setiap satunya.

Bermula dengan kerajaan haiwan di daratan sehinggalah kepada kumpulan ikan dalam lautan, penonton akan dapat menikmati kisah kehidupan haiwan-haiwan tersebut dalam habitat semula jadi mereka dalam bentuk muzikal.

Pementasan dalam segmen pertama itu pastinya akan menceriakan penonton melalui pelbagai karektor haiwan dan persembahan khas yang akan hasilkan oleh sand artist, Bernice Wong.

Sementara itu, untuk segmen kedua pula, OSK akan memainkan beberapa medley lagu kanak-kanak popular tempatan termasuk encore Overture Upin & Ipin sebagai penutup konsert.

Iklan

Persembahan tersebut dijangka akan bakal memberikan sesuatu yang berbeza untuk tontonan, sekali gus menarik perhatian penonton yang gemarkan kelainan.

Tiket konsert The Carnival of the Animals ini boleh didapati degan RM20 dan RM50 yang boleh ditempah melalui laman sesawang rasmi Istana Budaya www.istanabudaya.gov.my atau menerusi kaunter box office Istana Budaya yang akan dibuka bermula 30 Mei ini.

Iklan

(FOTO: Istana Budaya)