PELAKON Zulin Aziz kini menjalani kuarantinĀ selama 14 hari kerana merupakan salah seorang kontak rapat kepada penyanyi dan pengacara Alif Satar yang disahkan positif Covid-19, pada Ahad.
Menurut Zulin, dia dan Alif menjalani penggambaran bersama untuk drama Penjara Janji terbitan JS Pictures di Melaka. Penggambaran drama tersebut juga telah dihentikan pada hari sama.
āSaya kena menjalani kuarantin 14 hari dan swab test, di mana saya merupakan salah satu kontak rapat Alif di set pengambaran.
āDengan ini saya mohon maaf kepada penerbit dan pihak-pihak lain yang sepatutnya saya perlu bekerjasama dalam kerja-kerja, telefilem dan talk show.
āSaya terpaksa batalkan kerana dalam tempoh itu, saya perlu menjalani 14 hari kuarantin di rumah,ā jelasnya menerusi perkongsian di Instagram semalam.
Dalam pada itu, Zulin juga memohon orang ramai agar terus mendoakan agar mereka semua dalam keadaan yang baik.
āSaya mohon doa kalian agar kami semua dilindungi dari wabak Covid-19 ini dan semoga Alif Satar diberi kesembuhan. Doakan kami yaa.
āJaga SOP, jangan keluar jika tidak ada keperluan dan jangan lupa memaki mask dan hand sanitizer,ā tulisnya.
[SUMBER/FOTO: Instagram Zulin Aziz)