Kontrak bersama Suria FM tamat, Hot FM minta pandangan ramai ingin 'sunting' Tyzo Xander
SELEPAS hangat isu penamatan kontrak Tyzo Xander secara mengejut oleh stesen radio, Suria FM, timbul pula isu baharu apabila stesen Hot FM dikatakan bakal 'menyunting' penyampai radio,
Ini berikutan satu poster dikongsikan di Instagram (IG) rasmi milik radio itu yang meminta pendapat orang ramai di atas 'lamaran' itu.
"Semua setuju kalau Tyzo bersama Hot FM?
"Komen dan tag Tyzo okay. Kami nak lepak dengan Tyzo, Tyzo is red?” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu lalu.
Baca juga:Homeschooling bagus, tapi tidak mengajar erti ‘kerja berpasukan’ Soo Wincci
Baca juga:Bekas peneroka derita pelbagai penyakit kronik, dulu Khairul Amir aktif bekerja kini terlantar lemah
Menjengah ke ruangan komen IG stesen berkenaan, rata-rata pengikut memberi respons positif.
"On.. Tolonglah ambil abang Tyzo! kata Mokrocka.
"Confirm... Pindah aku daripada Suria FM ke Hot FM," kata misz_iqien.
"On... Join kan dengan Khairy Jamaluddin," aliafarhanatuanzulkifli.
"Terbaiklah @hotfm976...pilihan yang terhangat dipasaran sekarang ni, ambil je @tyzoxander mesti lebih hangat daripada yang biasa," kataZahidarif10.
Baca juga:;Bagusnya, kecil-kecil dah diajar buat kerja di dapur Zain Saidin ajar anak perempuan siang ikan raih pujian
Sebelum itu, khidmat Tyzo sebagai penyampai bagi segmen Suria Petang di stesen radio berkenaan berakhir pada Jumaat.
Pengurus Besarnya, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin berkata, keputusan itu dibuat sebagai langkah merangka strategi dan perancangan baharu untuk menghasilkan produk lebih menarik.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang