MEMILIH pembelajaran di rumah atau ‘homeschooling’ tidak salah. Mungkin ada sebab kenapa ibu bapa berbuat demikian.

Salah satunya mungkin kerana faktor kesihatan dan sebagainya.

Namun perlu diketahui bahawa, pemilihan tersebut bukan bertujuan mengejar kecemerlangan akademik semata-mata. Ia perlu di lihat daripada pelbagai sudut.

Sebagai contohnya, pelajar perlu mempelajari selok-belok kehidupan dan menguasai kemahiran berkomunikasi dengan efektif, supaya tidak menghadapi kesukaran di dunia luar.

soo wincci
DALAM tempoh 15 tahun, Wincci berjaya menggenggam ijazah, sarjana dan PhD jurusan muzik di pelbagai negara.

Baca juga:Hamil, bersalin, berjaya raih 2 ijazah, anak menantu Ustazah Norhafizah Musa buktikan berkeluarga bukan halangan

Pensyarah Universiti Multimedia (MMU), Profesor Madya Dr Soo Wincci berkata, kaedah itu (home schooling) boleh mendorong pelajar lebih bersifat individualistik kerana tidak terdedah dengan sosialisasi atau pergaulan.

“Baik belajar di rumah mahupun di sekolah, ada kelebihan dan kekurangan. Homeschooling misalnya, memang bagus boleh buat anak-anak fokus.

“Sementara pembelajaran di sekolah boleh membantu pelajar membina perhubungan dan kerja berpasukan.

“Justeru, pada saya, semua bergantung kepada keutamaan kenapa ibu bapa memilih kaedah tersebut. Kena teliti adakah pilihan tersebut dapat membantu perkembangan anak-anak,” katanya kepada Sinar Plus.

Baca juga:SCENTIFY by Enchanteur berjaya gosok 10,700 helai pakaian dalam tempoh 24 jam, cipta rekod MBOR

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu program lawatan sambil belajar MMU di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam baru-baru ini.

KERJA BERPASUKAN

Pada masa sama ujar beliau, kerja berpasukan itu penting bagi meningkatkan keupayaan individu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

Iklan

“Homeschooling tidak cukup, Sekarang tak terasa. Apabila memasuki ruang pekerjaan kelak, ia bakal menimbulkan masalah terutama membabitkan kerja berpasukan,” katanya.

Pun begitu, penyanyi dan pelakon itu berkata, semuanya bergantung kepada pandangan masing-masing.

“Pada saya, tiada sistem yang salah atau betul tidak kira sekolah atau homeschooling.

Iklan

“Yang penting, anda semua perlu bijak memilih demi masa depan anak-anak,” ujarnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang