PELAKON baharu yang juga selebriti media sosial, Aisar Khaled tampil memohon maaf selepas tindakannya membeli gel penyejuk badan untuk tujuan eksperimen ‘babi air’ menjadi kontroversi.

Menurut Aisar menerusi Instagram miliknya, dia telah belajar daripada kesilapan dan akan lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di media sosial selepas ini.

“Saya nak beri penjelesan berkenaan video YouTube saya iaitu 1,000 babi air. Di sini saya nak minta maaf, saya tak sepatutnya buat content sebegitu dan selepas ini, sebelum buat content saya akan pastikan patut atau tak patut buat video sebegitu.

“Saya nak minta maaf, saya hanya manusia biasa. Harap boleh maafkan saya dan selepas ini saya akan lebih berjaga-jaga,” ujarnya.

Aisar sebelum ini bertindak membeli 1,000 keping gel penyejuk badan dan merendamnya ke dalam air bagi menukar menjadi ‘babi air’.

Iklan

Eksperimen itu mula tercetus di aplikasi Tik Tok dan telah menjadi ikutan ramai.

Bagaimanapun ramai mengecam tindakan Aisar kerana sebelum itu ada ibu yang sanggup mencuri gel penyejuk badan itu bagi merawat anaknya yang demam.

Iklan