Kristen Stewart berjumpa dengan 'roh' Puteri Diana

A
A
A

FILEM Spencer yang menjadi antara naskhah paling ditunggu peminat pada tahun ini dijadual memulakan tayangan di seluruh pawagam Amerika Syarikat bermula 5 November depan.

Membawakan watak sebagai Puteri Diana, aktres Kristen Stewart memberitahu dirinya turut teruja menantikan reaksi penonton terhadap filem lakonan tersebut.

Tidak hanya itu, Stewart juga memberitahui bahawa beliau dapat merasakan kehadiran mendiang Puteri Diana sepanjang berada di lokasi pengambaran.

"Saya berasa meremang dan memiliki perasaan yang aneh sepanjang menghasilkan filem ini sehinggakan kadangkala saya terlupa bahawa beliau (Puteri Diana) sudah meninggal dunia 24 tahun lalu.

"Saya merasakan beliau (Puteri Diana) sedang berkomunikasi dengan saya dan berada bersama-sama di lokasi penggambaran," jelas Stewart.

Selain Stewart, filem arahan Pablo Larrain itu turut dibintangi oleh Jack Farthing, Sally Hawkins, Amy Manson, Sean Harris, Stella Gonet dan Thomas Douglas.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca