Kumin KU2 meninggal dunia

Untitled design (23)
Untitled design (23)
A
A
A

BEKAS anggota kumpulan KU2 dan juga pelakon serta penerbit, Kumin atau nama sebenarnya Khuzaimi Ismail menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Berita sedih itu disampaikan sendiri Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah sebentar tadi.

Menurut Hafiz, jenazah kini berada dirumahnya di Lembah Jaya dan sedang menanti beberapa prosedur pihak berkuasa untuk dibawa ke Hospital Ampang sebelum dibenarkan dibawa ke Masjid dan tanah perkuburan.

"Jenazah akan dibawa ke Masjid Al-Azim Pandan Indah untuk dimandikan dan akan dikebumikan di Seri Menanti Negeri Sembilan.

"Sebarang maklumat lanjut akan menyusul kemudian. Ketika ini beberapa orang Exco Seniman telah pun berada di kediaman arwah bagi memudahkan urusan," katanya.

Tambah Hafiz, pada Jumaat minggu lalu, Exco Seniman yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Zuraini Kassim dan beberapa orang Exco telahpun menziarahi Kumin dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada beliau daripada pihak Seniman.

Terdahulu, Kumin mula aktif dalam industri hiburan sejak era 1990-an. Dia bersama rakan baiknya Allahyarham Bob Kuman pernah menubuhkan kumpulan duo dikenali KU2 yang berjaya melonjakkan populariti mereka meskipun bertubuh besar.

Selama membina nama bersama KU2, duo ini pernah menghasilkan empat album iaitu Motivasi pada 1994, Evolusi (1997), Album Baru Aku! (1999) dan The Best of KU2 (2001).

Berbanding Allahyarham Kuman yang banyak berlakon, Kumin pula memilih lebih memberi fokus pada kerja belakang tabir dan menjadi pengurus produksi.

Artikel Berkaitan : 

https://sinarplus.sinarharian.com.my/hiburan/sesak-nafas-dan-tidak-boleh-bergerak-kumin-ku2-minta-bantuan-bomba/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca