PENYANYI Ippo Hafiz tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila bergelar bapa setelah isterinya, Fara Roslan selamat melahirkan anak pertama mereka, petang semalam.

Malah Ippo atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Yaziz, 31, juga tidak lokek untuk berkongsi wajah dan nama anak mereka.

“Segala puji milik Allah, waktu Asar tadi lahirlah ‘Yusuf Zarin Nur’. Sungguh kuat bidadari, Fara Roslan yang bertarung nyawa tadi.

“Terima kasih yang mendoakan, terima kasih Dr Khamsiah dan jururawat yang sangat powerrrr membantu dan berjuang dalam proses kelahiran.

Iklan

“Terima kasih tak terhingga, sangat excited. Sungguh hargai penantian selama 9 bulan ini,” tulisnya menerusi akaun Instagram miliknya.

Iklan

Penyanyi Saat Bahagia yang turut mendapat jolokan Raja Runut Bunyi itu mendirikan rumah tangga dengan Fara, 32, pada Ogos 2019.