PEPATAH ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi amat sesuai menggambarkan keletah menghiburkan dan ‘hyper’ penyanyi Adira Suhaimi, 33, yang kini ‘diwarisi’ puteri sulungnya, Anggrek Adenan.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, kelihatan anak perempuan penyanyi berkenaan yang kini berusia tujuh tahun cuba memakai solekan sambil bercakap gaya Hollywood.

“So white to me, I put like that (foundation).

“Kakak rasa kakak nak pegi class make up laa …@adira.suhaimi, ” katanya di hantaran Instagram.

Rata-rata warganet terhibur dengan perangai ‘masuk air’ Anggrek seperti ibunya.

Bahkan, ada yang menyokong supaya Adira mengasah minat anaknya itu dengan menghantarnya ke kelas solekan.

Baca juga:Nak tanggal solekan dengan wajah tetap berseri. Micellar Cleansing Water Hada Labo boleh membantu

“Kau pun lawak sama macam mak kau kelakar tapi confident,” kata naniebaharudin.

“Lama-lama jadi opera cina la, putih melepak,” kata syerah923

“Kenapa comel sangat ni,” kata jebat_qaayed

“Pergi kakak pergi masuk kelas make up,” fti.nsofff.

Baca juga: Jururawat muda juara pertandingan ratu cantik tanpa solekan pertama di dunia. Wajah mulus, tiada cacat cela

Bagi solekan orang baharu belajar, walaupun tak sempurna namun si kecil itu tampak sangat berkeyakinan, terutama sekali apabila mengenakan lipstik merah dan bedak.

Meski tidak serata dan masih boleh diperbaiki, solekan itu boleh dianggap sebagai ‘boleh tahan’ bagi kanak-kanak sebayanya.

Iklan

Kalau hantar kelas ini lagi ‘power’,kan! Kena asah bakat itu daripada kecil. Setuju, tak?

Sekadar makluman, pelantun lagu Ombak Rindu itu mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata, Anggrek, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayoub.

v

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Iklan

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang