Nak tanggal solekan dengan wajah tetap berseri. Micellar Cleansing Water Hada Labo boleh membantu

UNTUK mencapai kulit wajah yang sempurna dan berseri, ia bermula dengan menanggalkan solekan dengan cara yang betul.

Justeru, Hada Labo, jenama penjagaan kulit dari Jepun memperkenalkan Micellar Cleansing Water yang terdiri daripada dua varian iaitu Pore Refining Micellar Cleansing Water dan Skin Purifying Micellar Cleansing Water.

Pore Refining dilengkapi dengan formula pembersihan dua lapisan revolusioner yang mudah larut untuk semua kesan solekan termasuk membersihkan warna bibir kusam dan kekotoran pori yang degil.

BACA JUGA: Botol boleh dikitar semula, produk Hada Labo Hydrating Lotion bukan sekadar beri keserian pada kulit

BACA JUGA: 1.5 kali ganda berkesan bersihkan minyak degil & bakteria, pembersih muka Kao Men’s pilihan terbaik lelaki

 

Selain itu, dengan kebaikan asid hyaluronic berganda, kulit si pemakai akan kekal lembap dan berseri walaupun selepas dibersihkan.

Skin Purifying pula sesuai dengan mereka yang mempunyai kulit yang berminyak.

Dikuasakan dengan teknologi penulenan Micellar yang unik, ia dengan pantas melarutkan solekan dan kekotoran apabila bersentuhan, memberi sensasi lembut serta tidak melekit sambil mengelap semua kesan solekan.

Iklan

Diresapi dengan lumpur glasier Alaska, produk itu sangat berkesan dalam menyerap sebum berlebihan dan memberi keselesaan kepada kulit.

Kesemua produk boleh didapati di pasar raya atau di platform Shopee dan Lazada.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang