Langgar, saksi kolaboratif bakat muda       

Untitled design (29)
Untitled design (29)
A
A
A

SEJAK melancarkan lagu debut One I Love pada tahun 2018, DJ duo tempatan, Wai Hong dan Ethan Curzon yang dikenali sebagai BATE berjaya mengukir nama di arena muzik antarabangsa.

Lagu hasil kolaboratif dengan penyanyi rap dari Amerika Syarikat iaitu Radio3000 dan penyanyi dari Australia Blake Rose itu telah dimainkan lebih 15 juta kali di Spotify sejak dilancarkan.

Setelah dua tahun sepi tanpa karya terbaharu, pada Februari lalu BATE melancarkan single kedua mereka Casino Royale, sebuah karya kolaboratif dengan penyanyi Simon Webbe dari kumpulan ikonik UK Blue.

Selain daripada karya asal, DJ duo ini turut aktif mengeluarkan karya adunan semula (remix) untuk beberapa buah lagu tempatan dan antarabangsa seperti Can’t Forget Me nyanyian Fazura, Sunrise In The East nyanyian penyanyi UK Becky Hill dan terbaharu sekali, Passcode nyanyian Jannine Weigel penyanyi Thai-Jerman.

Kini, pasangan duo itu bakal melancarkan single ketiga mereka berjudul Langgar. Menerusi lagu itu buat pertama kalinya BATE berkolaboratif dengan penyanyi-penyanyi rap tempa-tan terdiri daripada Caprice, Zynakal, Shou Raion dan Carlolitto.

Langgar merupakan lagu ciptaan bersama Wai Hong, Ethan Curzon, Caprice, Zyn Akal, Shou Raion dan Carlolitto.

Wai Hong berkata, Langgar cukup istimewa kerana menjadi lagu Melayu pertama mereka.

“Ia juga merupakan salah satu lagu yang paling catchy pernah kami bikin setakat ini. Bekerja dengan artis-artis hebat Malaysia adalah suatu pengalaman yang luar biasa,” katanya.

Single terbitan bersama Universal Music Malaysia dan Lion Music Group itu kini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music sejak 13 November lalu.

[embed]https://youtu.be/jL9AljZS7yU[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca