Lapan maut ketika saksi persembahan Travis Scott

TRAVIS SCOTT
TRAVIS SCOTT
A
A
A

PENYANYI rap popular, Travis Scott meluahkan rasa simpati terhadap lapan mangsa yang terkorban ketika menyaksikan persembahannya di acara Astroworld Fest, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat (Sabtu waktu Malaysia).

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Scott bersedia membantu lapan keluarga yang terlibat mengharungi detik sukar ini.

“Saya sangat kecewa dengan apa yang berlaku mala tadi. Doa saya sentiasa bersama semua mangsa dan keluarga mereka yang terlibat dengan kejadian di Astroworld Festival.

“Saya akan memberi apa sahaja sokongan dan membantu memberikan maklumat terkini tentang keadaan semasa apa yang berlaku.

“Terima kasih kepada semua pihak; polis, bomba yang menghulurkan bantuan mereka secepat mungkin,” ujarnya.

Dalam pada itu, kekasih Kylie Jenner itu memaklumkan dia tidak menyedari insiden yang berlaku.

“Kalaulah saya nampak apa sedang berlaku, saya pasti hentikan acara dan bantu mereka dapatkan bantuan yang mereka perlukan. Saya tak boleh bayangkan kekecohan situasi yang berlaku,” jelasnya.

Bagaimanapun Scott didakwa tidak peka dengan situasi yang berlaku walaupun ramai peminat telah menjerit memintanya berhenti menyanyi.

Bahkan penyanyi itu turut didakwa mengejek pasukan perubatan ketika ambulans cuba menghampiri tempat penonton ketika insiden berlaku.

Dilaporkan sekurang-kurangnya lapan maut dan lebih 300 orang cedera dalam insiden rempuhan pada malam pembukaan festival muzik anjuran Travis.

Identiti lapan yang maut belum didedahkan, namun Datuk Bandar Houston, Sylvester Turner, memaklumkan antara mangsa korban rempuhan konsert termasuklah remaja berusia 14 dan 16 tahun.

Festival muzik itu juga tidak diteruskan bagi menghormati mangsa tragedi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca