BARU-baru ini tular satu perkhabaran tentang pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella bakal mengakhiri kehidupannya hidup berseorangan setelah dua tahun ‘solo’.

Semuanya bermula dengan video yang dimuat naik menerusi laman sosial, TikTok mengatakan bahawa Bella bakal menikahi seorang Putera Dubai.

Menurut laporan KapanLagi, khabar angin itu disangkal oleh sahabat baiknya, Zaskia Sungkar. Beliau menjelaskan Bella masih belum ada perancangan untuk mendirikan rumah tangga.

Bahkah, sahabat-sahabat Bella sering cuba menjodohkannya dengan beberapa orang lelaki.

Jelas Zaskia lagi, pelakon filem Surga yang Tak Dirindukan itu pergi ke Dubai hanyalah untuk membeli abaya (jubah).

Kredit foto: Laudya Cynthia Bella

Dalam pada itu, Bella juga memuat naik gambar menerusi laman sosial Instagramnya, yang memperlihatkan beliau begitu gembira menikmati percutian di tanah arab itu.

Difahamkan buat masa ini, Bella hanya fokus memperbaiki bacaan al-Quran.

Sekadar info, Bella sebelum ini pernah bernikah dengan seorang ahli perniagaan Malaysia, Engku Emran pada tahun 2017.

Iklan

Bagaimanapun, ikatan sebagai suami isteri tidak bertahan lama dan memilih untuk bercerai pada Julai 2020.

Kini, Bella aktif menjalankan perniagaan pakaian keluarannya sendiri di Indonesia.

Baca juga: Laudya Cynthia Bella – Engku Emran bercerai, hanya bertahan dua tahun sahaja

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan