Lebih 500 peminat serbu Morning Morning Suria Belanja Makan
LEBIH 500 peminat hadir meriahkan acara Morning Morning Suria Belanja Makan di Lembah Klang pada 11 dan 12 Mac lalu untuk beramah mesra bersama penyampai Morning Morning Suria, Ajak, Suraya dan Shuib.
Menurut Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid atau DJ Lin, Morning Morning Suria Belanja Makan merupakan satu inisiatif Suria FM untuk berkongsi rezeki bersama pendengar khususnya yang berada di kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.
“Alhamdulillah siri kedua Morning Morning Suria Belanja Makan pada kali ini masih mendapat sambutan luar biasa daripada para peminat yang sudi hadir memeriahkan acara.
“Ramai yang tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama barisan penyampai Morning-Morning Suria. Tidak hanya itu, mereka juga berperluang memenangi sebahagian RM3,000 menerusi sesi soal jawab mudah pada acara itu.
“Pada masa sama, pengunjung juga turut memberikan sokongan dengan membeli barangan eksklusif Suria dengan harga promosi,” katanya yang turut berterima kasih kepada pihak penaja lokasi yang memberikan komitmen terbaik mereka.
Meriah
Morning-Morning Suria Belanja Makan edisi kedua ini turun padang menemui peminat di beberapa lokasi terpilih.
Pada 11 Mac lalu, peminat berpeluang bersarapan bersama barisan penyampai Suria di Warung Soto Kedai Basikal, Rantau Panjang, Klang dari jam 8 hingga 10 pagi. Diikuti makan tengah hari di Dapur Che Lah di Shah Alam dari jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang.
Sementara pada 12 Mac pula, Morning-Morning Suria Belanja Makan bersama warga Lembah Klang di Sate 7 Pagi, Seri Kembangan bermula jam 8 pagi sehingga 10 pagi. Seterusnya menikmati makan tengahari di Asam Pedas London, Selayang pada jam 12 tengah hari sehingga 2.30 petang.
Dalam perkembangan lain, pendengar Suria juga berpeluang menangi sebahagian daripada RM60,000 menerusi segmen Lagu Rosak Suria di Suria FM bermula 13 hingga 24 Mac ini dengan hanya meneka nama penyanyi dan judul lagu menerusi klip lagu yang dirosakkan bermula jam 6 pagi hingga 10 malam menerusi segmen Morning-Morning Suria, Gaya Suria, Muzik Top Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang