Legenda Bollywood, Dilip Kumar meninggal dunia

Dilip Kumar
Dilip Kumar
A
A
A

PELAKON Legenda Bollywood, Dilip Kumar meninggal dunia di Mumbai pada pagi Rabu.

Dilip yang mendapat jolokan ‘Raja Tragedi Bollywood’ itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 98 tahun setelah dimasukkan ke hospital pada 30 Jun lalu, selepas mengalami sesak nafas.

Aktor popular itu dilaporkan telah lama menderita sakit dan sering mendapatkan rawatan di hospital sebelum ini.

Pemergian Dilip disahkan rakan keluarga, Faisal Faisalqui menerusi laman Twitter rasmi pelakon itu.

“Dengan hati yang berat dan kesedihan yang amat mendalam, saya umumkan pemergian Dilip yang kami sayangi, beberapa minit lalu,” tulisnya.

Dilip dilahirkan sebagai Yusuf Khan pada 11 Disember 1922 di Peshawar, Pakistan dan memulakan kerjaya seninya pada tahun 1944, menerusi filem Jwar Bhata, namun mula dikenali selepas membintangi filem Andaz (1949).

Filem lain yang turut dibintangi Dilip ialah Mughal-e-Azam, Jugnu, Shaheed, Mela, Aan, Daag, Arzoo dan banyak lagi.

Lebih lima dekad dalam industri, Dilip telah membintangi lebih 60 buah filem dan pernah disenaraikan dalam Guinness World Records kerana memenangi pelbagai anugerah lakonan.

Malah aktor itu juga mencipta karismanya yang tersendiri sehingga dianggap sebagai pelakon terbaik yang pernah dilahirkan industri perfileman India.

Dilip berkahwin dengan bintang legenda, Saira Banu pada 1966, namun tidak memiliki cahaya mata.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca