Lesti Kejora sudah keluar hospital tetapi masih trauma, Rizky Billar dihentikan sebagai hos
PENYANYI Indonesia, Lesti Kejora baru-baru ini meraih perhatian ramai selepas membuat laporan polis susulan dipukul suaminya, Rizky Billar. Pasangan yang sebelum ini sering tampil romantis di laman sosial itu sering mengejutkan para peminat.
Lebih mengejutkan, laporan polis tersebut dibuat hanya selepas Lesti dua kali dipukul Rizky. Susulan insiden keganasan rumah tangga, penyanyi itu telah dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan intensif.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polda Metro, Endra Zulpan, penyanyi dangdut berusia 23 tahun itu mengalami pelbagai kecederaan termasuk lebam pada beberapa bahagian tubuh manakala tulang leher teralih hingga perlu memakai pendakap leher.
“Tulang leher Lesti Kejora telah teralih, jadi beliau terpaksa menggunakan alat sokongan.
“Ya, beliau dihempap ketika di dalam bilik air, lehernya sakit kerana pergeseran,” kata Zulpan kepada Kompas.
Selain itu, Zulpan berkata, bahagian badan Juara Dangdut Academy Musim Pertama itu yang lebam adalah muka, tangan dan kaki.
Dalam perkembangan terkini, Lesti Kejora sudahkan dibenarkan pulang tetapi tidak kembali ke rumah sebaliknya berada di lokasi yang dirahsiakan.
Ibu kepada Muhammad Leslar Al-Fatih Billar itu dikatakan enggan serumah dengan suaminya, Rizky Billar selepas insiden keganasan rumah tangga.
Baca juga: Baim Wong, isteri ‘prank’ polis demi konten konon ada keganasan rumah tangga tampil mohon maaf
“Lesti tidak mahu serumah dengan Rizky kerana trauma,” kata Zulpan.
Rizky Billar dipecat
Selepas insiden keganasan rumah tangga, peranan Rizky Billar sebagai hos rancangan Dangdut Akademi Musim Kelima (DA5) yang sedang bersiaran dihentikan serta merta.
Penamatan itu dilakukan oleh stesen televisyen Indosiar yang memiliki hak penyiaran program DA5 merujuk kepada keputusan Suruhanjaya Penyiaran Indonesia (KPI).
KPI melalui surat pekelilingnya meminta tidak memberikan ruang kepada pelaku keganasan rumah tangga baik di mana-mana televisyen mahupun radio.
Pemecatan Rizky Billar sebagai pengacara adalah berikutan kes keganasan rumah tangga yang didakwa isterinya.
Khabar pemecatan Billar diumumkan oleh pengacara Irfan Hakim dalam siaran langsung DA5.
Baca juga: #SiBibirMerah: Suami kacak tidak jamin bahagia, wanita bangkitlah daripada keganasan rumah tangga
"Indosiar menjawab pertanyaan netizen serta membuat keputusan. Kami dengan ini mengumumkan mulai malam ini Rizky Billar tidak lagi menjadi pengacara Akademi Dangdut," kata Irfan.
Polisi telah menetapkan Rizky Billar akan disoal siasat di Polres Metro Jakarta Selatan pada Khamis.
Difahamkan penyiasat juga telah mengambil keterangan saksi iaitu pembantu rumah pasangan tersebut dan pekerja Leslar Entertaiment selain mendapatkan bukti l menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kediaman.
Baca juga: Isteri sedih suami kaki gaduh buang beras dalam tandas, rosak mainan anak
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang penuh inspirasi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang