PENYANYI dan pelakon, Linda Rafar, tidak pernah menganggap segala ujian yang datang sebagai satu bebanan besar buatnya.

Mengakui sokongan padu daripada keluarga terutamanya suami Syed Kamaruzaman Syed Mahmud atau lebih dikenali sebagai Syed Aiman dan adik-beradik menjadi sumber kekuatannya, Linda berkata, dia tidak akan mudah mengalah dengan ujian yang datang.

“Diuji dengan kehilangan anak, kehilangan ibu dan sekarang saman oleh persatuan jururawat memang bukan satu satu perkara yang mudah untuk dilalui.

“Tapi saya akan terus berjuang kerana ada keluarga di belakang yang memberikan sokongan padu.

“Lebih-lebih lagi melibatkan isu saman terhadap saya, saya akan terus berjuang sebab sampai bila saya nak biarkan orang pijak kita,” ujar Linda ketika ditemui pada sesi ramah mesra bersama stokis dan ejen LR Hijab di Jalan Ampang baru-baru ini.

https://www.instagram.com/p/CEW6158AKgs/?utm_source=ig_web_copy_link

Tambah Linda atau nama sebenarnya Azlinda Rafar, dia juga berasa sangat gembira dan lega selepas mahkamah menolak saman komital jururawat terhadapnya dengan kos RM5,000.

“Alhamdulilah, kes ini akhirnya selesai. Apa yang berlaku ini memang membuatkan saya lebih kuat demi arwah ibu saya,” jelasnya.

Linda berkata, pengalaman kurang menyenangkan bersama jururawat sebelum ini tidak membuatkan dia serik untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan.

“Saya tak fobia pun, malah baru-baru ini saya ke sebuah hospital di Kelantan ramai pula jururawat yang baik dan bertegur sapa dengan saya.

“Sebenarnya segelintir jururawat sahaja yang mempunyai isu dengan saya, yang lain tiada masalah pun,” katanya lagi.

Perniagaan makin maju

Iklan

Sementara itu, anggota kumpulan Elite ini berkata, selain memenuhi undangan nyanyian, dia juga sibuk menguruskan syarikat produksi bersama suaminya iaitu Double Channel Sdn Bhd.

Dalam masa sama, Linda sibuk menguruskan perniagaannya iaitu LR Hijab yang baru sahaja dilancarkan awal tahun lalu.

“Sebenarnya memang ada tawaran berlakon yang datang, tapi komitmen sebagai ibu juga membataskan saya untuk kembali ke lokasi.

Iklan

“Jadi buat masa ini saya hanya memenuhi undangan nyanyian secara solo atau bersama Elite. Selain itu uruskan perniagaan LR Hijab.

“Alhamdulillah walaupun masih baru, sambutan sangat menggalakkan dan saya mampu untuk sewa tiga papan iklan di tepi Lebuhraya Persekutuan, Bangsar dan KL South dengan kos keseluruhan lebih RM300,000,” katanya yang akan memberi hadiah istimewa kepada mereka yang mengambil gambar paling kreatif bersama papan iklan itu.

https://www.instagram.com/p/CEYNMXigAWs/?utm_source=ig_web_copy_link