LISA Manoban daripada kumpulan K-pop Blackpink telah dinobatkan sebagai ‘wajah paling cantik’ pada tahun 2021 dalam senarai yang disusun oleh TC Candler, dikeluarkan pada hari Selasa lalu.

Penyanyi sensasi Korea Selatan kelahiran Thailand itu mendahului senarai 10 wanita paling cantik.

Lisa, ahli kumpulan Blackpink ditempat pertama ‘TC Candler’ Wajah Paling Jelita 2021.

Ia disusun setiap tahun selama beberapa dekad oleh laman web pengkritik filem itu.

Kedudukan Lisa diikuti oleh penulis blog Norway Emilie Nereng, 26, di tempat kedua dan model Somalia-Amerika, Halima Aden, 24, di tempat ketiga.

Emilie Nereng, ditempat kedua dalam senarai 10 teratas ‘TC Candler’ Wajah Paling Jelita 2021.

 

Halima Aden, model Somalia-Amerika di tempat ketiga.

Tempat ke empat pula ialah pelakon Filipina-Maghribi Ivana Alawi, 25, dan Nancy dari Momoland, 21, penyanyi Korea-Amerika di tempat kelima.

Senarai 10 teratas ‘TC Candler’ Wajah Paling Jelita 2021
1.Lisa Manoban, penyanyi kumpulan Blackpink
2.Emilie Nereng, penulis blog makanan Norway
3.Halima Aden, model Somalia-Amerika
4.Ivana Alawi, pelakon Filipina-Maghribi
5.Nancy, penyanyi Momoland
6.Yael Shelbia, model
7.Tzuyu, penyanyi Taiwan
8.Lyodra Ginting, penyanyi Indonesia
9.Jasmine Tookes, model Amerika
10.Nana, penyanyi Korea Selatan

Antara wanita yang pernah berada di tempat pertama senarai ‘TC Candler’ Wajah Paling Jelita termasuk pelakon Amerika, Michelle Pfeiffer pada 1990, 1992 dan 1993, pelakon Amerika, Lindsay Lohan pada 2004, aktres British, Keira Knightley pada 2005 dan 2006, bintang Harry Potter, Emma Watson pada 2011, penyanyi Korea Selatan, Nana pada 2014 dan 2015 dan pelakon Filipina-Amerika, Liza Soberano pada 2017.


Bagi kategori Wajah Paling Kacak 2021, TC Candler meletakkan model Myanmar,Paing Takhon, 25, di tempat pertama.

Iklan
Paing Takhon di tempat pertama senarai Wajah Paling Kacak 2021.

Manakala tempat kedua ialah pelakon Australia, Chris Hemsworth, 38, diikuti bintang BTS, V, 25, dan pelakon Dune Timothee Chalamet, 26.

Chris Hemsworth di tempat kedua.
V atau Kim Tae-hyung, penyanyi kumpulan Kpop BTS di tempat ketiga.

Bintang BTS kedua, Jungkook, 24, dinamakan wajah kelima paling kacak pada 2021.

Iklan

Pelakon British, Henry Cavill dan Lucien Laviscount juga turut tersenarai.

Senarai 10 Wajah Paling Kacak TC Candler 2021
1.Paing Takhon, model Myanmar
2.Chris Hemsworth, pelakon Australia
3.V atau Kim Tae-hyung, penyanyi BTS Korea Selatan
4.Timothee Chalamet, pelakon Amerika
5.Jungkook, penyanyi BTS Korea Selatan
6.Henry Cavill, pelakon British
7.Lucien Laviscount, pelakon British
8.Dean Schneider, pengasas tempat perlindungan haiwan Switzerland
9.Felix Kjellberg, YouTuber Sweden PewDiePie
10.Jason Momoa, pelakon Amerika Syarikat

Sumber: The National News