Lisa Blackpink positif Covid-19

LISA BLACKPINK
LISA BLACKPINK
A
A
A

ANGGOTA kumpulan Blackpink, Lisa Manoban disahkan positif virus Covid-19 pada Rabu.

Bagaimanapun agensi pengurusannya, YG Entertainment memaklumkan tiga lagi anggota Blackpink iaitu Jisoo, Jennie dan Rose tidak disenaraikan sebagai kontak rapat.

 “Lisa Blackpink telah disahkan positif Covid-19 tengah hari tadi (Rabu).

“Tiga ahli Blackpink yang lain belum lagi diklasifikasikan sebagai kontak rapat, tetapi mereka segera mengambil ujian PCR selepas mendengar keputusan positif Covid-19 Lisa dan mereka sedang menunggu keputusan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, YG Entertainment turut menjelaskan, sebaik sahaja mengetahui tentang perkembangan tersebut, pihaknya segera berkongsi maklumat yang diperolehi kepada wakil dan pihak berkaitan yang pernah berurusan dengan Lisa.

“Kami mengambil langkah pencegahan yang wajar melepasi garis panduan pihak berkuasa kesihatan dan akan memberikan sokongan penuh terhadap mereka yang terlibat. Kesihatan artis serta kakitangan syarikat menjadi keutamaan kami.

“Pihak kami akan segera memaklumkan sekiranya terdapat sebarang perubahan maklumat pada masa depan,” katanya.

Lisa yang juga selebriti kelahiran Thailand itu baru sahaja melancarkan single solonya beberapa bulan lalu yang berjudul Lalisa.

Muzik video lagu tersebut berjaya meraih 73 juta tontonan di YouTube dalam tempoh 24 jam selepas dilancarkan, sekali gus memecah rekod terakhir untuk artis solo yang dilakar Taylor Swift. Penyanyi popular Amerika Syarikat itu mencatatkan 65.2 juta tontonan menerusi muzik video Me! pada 2019.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca