SETELAH ramai yang membuat spekulasi tentang kehamilan isterinya, Lisa Surihani, pengarah dan penyanyi, Datuk Yusri Abd Halim tampil memberikan penjelasan.

Tidak berhasrat merahsiakan berita gembira itu, Yusry, 48, mengesahkan berita tersebut biarpun belum bersedia berkongsi usia kehamilan Lisa.

Menurut Yusry, spekulasi tersebut timbul apabila dia memuat naik foto bersama isterinya itu di laman Instagram miliknya, sempena ulang tahun perkahwinan kesembilan mereka pada Selasa.

Berdasarkan perubahan bentuk badan Lisa, ramai yang meneka, bintang filem Ombak Rindu kini sedang berbadan dua.

“Gambar kami berdua semalam yang dimuat naik nampaknya mengundang spekulasi itu ini. Tak apa benda baik, jadi lambat laun akan tahu juga.

“Ya, Alhamdulillah,  dua anak kami, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne nampaknya akan dapat adik tak lama lagi.

“Semoga dipermudahkan. Saya harap semua mendoakan yang terbaik untuk Lisa. Doa yang baik juga kami panjangkan untuk semua,” katanya.

Dalam pada itu, Yusry menerusi hantaran di Instagramnya hari ini, berkata, untuk kehamilan ketiga itu, dia dan isteri sepakat untuk tidak mengumumkan berita tersebut sebagaimana sebelum ini.

“Tanpa niat ingin bersembunyi, kami cuma ambil pendekatan dengan fikiran, mungkin kali ini, tak perlu untuk pengumuman kerana lambat laun, orang akan tahu juga,” katanya.

Menerusi perkongsian sama, Yusry turut meluahkan rasa syukur dengan anugerah  istimewa itu.

“Anugerah minhah ini tentunya kami amat bersyukur kepada Allah Azza Wa Jalla, dan ia sudah dikongsikan di kalangan keluarga dan rakan rapat.

Iklan

“Pada masa yang sama, terdetik di hati kami memahami ada juga yang cuba bertahun lama untuk mendapatkan zuriat.

“Ia bukan sesuatu yang senang yang dilalui dan kami mendoakan moga doa mereka dimakbulkan. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk mereka,” katanya.

Tidak hanya itu, Yusry juga menzahirkan rasa terima kasihnya pada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan untuknya dan keluarga.“Dalam keadaan pandemik ini, banyak lagi masalah negara dan keluhan rakyat yang perlu dititikberatkan. Moga Allah SWT  melindungi kita semua.

Iklan

“Terima kasih kepada mereka yang sudi mendoakan yang baik-baik untuk kami. Stay safe semua,” ujarnya.

 

(FOTO: Instagram Yusry Abd Halim)