Little Huffaz pertandingan hafazan peringkat antarabangsa buat kanak-kanak               

Untitled design (56)
Untitled design (56)
A
A
A

BERIKUTAN kejayaan kempen permulaan hafazan al-Quran Mini Little Huffaz, siri animasi kartun islamik Omar & Hana kembali dengan Little Huffaz, pertandingan hafazan Al-Quran melalui platform digital yang pertama kali diadakan untuk kanak-kanak.

Little Huffaz bertujuan untuk menggalakkan kanak-kanak di seluruh dunia menghafal Al-Quran serta menanam rasa cinta terhadap ayat suci Al-Quran.

Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori umur, iaitu 3 dan 4 tahun dan 5 hingga 8 tahun.

Setiap peserta perlu memilih surah mengikut senarai kategori umur mereka, kemudian memuatnaik rakaman video hafazan melalui laman web rasmi Little Huffaz atau laman media sosial.

Peserta akan dinilai barisan juri antarabangsa termasuk Mufti Ismail Menk, Ustaz Yusuf Mansur, Ustaz Don Daniyal, Qari Youssef Edghouch, Furqan Fawwaz dan Mimi Jamilah. Penilaian setiap penyertaan akan berdasarkan hafalan, kefasihan, tajwid, dan kreativiti.

Hadiah kemenangan bagi pertandingan ini merupakan wang tunai bernilai USD500 dan piala untuk tempat pertama, USD350 untuk tempat kedua, USD250 untuk tempat ketiga, USD150 untuk tempat keempat dan  USD100 untuk tempat kelima. Setiap pemenang juga akan menerima barangan eksklusif Omar & Hana serta e-sijil.

Pendaftaran pertandingan Little Huffaz ini dibuka dari 19 Oktober sehingga 6 November ini. Untuk mendaftar, calon berkelayakan boleh melayari ohittlehuffaz.com dan terus ke halaman ‘Cara Menyertai’ untuk menghantar penyertaan.

Terdapat lima peringkat bagi pertandingan ini, iaitu, peringkat pertama: peserta menghantar video hafalan; peringkat kedua: pemilihan 40 peserta terbaik; peringkat ketiga: pemilihan 20 peserta terbaik; peringkat keempat:  pemilihan 5 peserta Terbaik; dan peringkat kelima: penilaian secara langsung di peringkat akhir.

Sebelum ini, Mini Little Huffaz, yang diadakan pada 3 hingga 26 September telah mendapat sambutan menggalakkan iaitu sebanyak 260 penyertaan dari 17 negara termasuk Malaysia, Indonesia dan United Kingdom.

Ikuti laman media sosial rasmi, langgan ke saluran YouTube ‘Omar & Hana’ atau layari laman web ohittlehuffaz.com  untuk maklumat lanjut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca