M. Nasir terbit album baharu Wings

A
A
A

Oleh: ZULHISHAM ISAHAK

KUMPULAN rock legenda, Wings akan melahirkan album terbaharu dalam tahun ini yang akan diterbitkan komposer dan penerbit hebat, Datuk M. Nasir.

Menurut vokalisnya, Datuk Awie atau nama sebenarnya, Ahmad Azhar Othman, 54, album studio ke-13 Wings itu akan memuatkan 20 buah lagu. Bagaimanapun, difahamkan setakat ini album itu masih belum mempunyai tajuk.

Baca juga: "Kalau Ikutkan Takut, Sampai Bila-Bila Kami Tidak Boleh Bekerja" - Awie Bakal Tampil Showcase Istimewa

"Kita sudah merakamkan 16 daripada 20 buah lagu untuk album baru ini.

“ Ia sudah tertangguh sejak kira-kira 10 tahun lalu dan sepatutnya dapat dikeluarkan lebih awal. Tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), prosesnya terbantut.

"M. Nasir akan menerbitkan album baharu kami. Beliau turut menyumbangkan lagu untuk album ini.

“Selain itu, anggota Wings sendiri turut menyumbangkan lagu. Antaranya hasil ciptaan saya, Syam dan Edrie Hashim," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berkenaan program Raikan Cinta Ramadan Wings di Banafee Village di sini pada malam Selasa.

Turut hadir semua anggota Wings iaitu Syam dan Edrie (pemain gitar), Eddie (pemain bass) serta Black (pemain dram).

Awie berkata, album berkenaan akan diterbitkan dalam format cakera padat (CD) dan selepas itu dikeluarkan dalam bentuk piring hitam (LP) namun jumlah cetakan masih belum diputuskan jumlahnya.

Katanya, kumpulan itu masih mahu mengeluarkan album dalam bentuk fizikal berbanding digital kerana format berkenaan amat istimewa dan peminat boleh menyimpannya. Malah ia mempunyai nilai apresiasi.

Jelas Awie, muzik yang dimainkan pada kali ini berkonsepkan rock nusantara iaitu sama sekali berbeza dengan album-album terdahulu.

"Konsep rock nusantara ini menampilkan elemen-elemen nusantara dan kita percaya album ini akan menjadi 'trend setter' dalam industri muzik. Album ini menggabungkan muzik yang rancak dan perlahan," katanya.

Menurutnya, Wings yang tampil dalam Anugerah Juara Lagu 36 (AJL36) pada Mac lalu merancang mengadakan konsert dalam skala kecil dan besar termasuk tour pada tahun depan untuk mempromosikan album baharu itu nanti.

"Kita akan lakukan konsert seperti pada tahun 1987 atau 1988. Selepas ini kita akan masuk ke kampung dan Felda atau kawasan pedalaman untuk membuat persembahan selain membuat persembahan di konsert-konsert besar.

"Menerusi cara ini Wings mahu menghidupkan semula industri muzik kita yang sudah merudum. Kita juga mahukan Wings satu hari nanti menjadi rujukan kepada band-band baharu," katanya.

Baca juga: Awie rangka misi kemanusiaan buat Palestin

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca