Mabuk hamil anak kedua, Shila Amzah beraya di Petaling Jaya, sediakan baju raya sebulan setengah sebelum Ramadan

Copy of Copy of gambar portal_20240404_060254_0000
Copy of Copy of gambar portal_20240404_060254_0000
A
A
A

 

SUSULAN 'mabuk' penangan hamil cahaya mata kedua, penyanyi, Shila Amzah hanya mahu menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri di kediaman Allahyarham ibu suaminya di Petaling Jaya.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas berunding dengan suami, Ubaidillah Mohd Zulkefli atau Ubai atas faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.

"Tahun ini memang dah cakap dengan Ubai nak berjalan-jalan beraya di rumah arwah mak mentua saja di Petaling Jaya walaupun suami ada keluarga di Pahang, Kelantan dan Melaka.

"Siapa nak beraya dengan kita kena datang sini," katanya ketika ditemu bual SinarPlus.

Keputusan itu disokong Ubai dengan berkata, Shila tidak boleh duduk lama di dalam kereta kerana simptom mabuk.

"Nak pergi kawasan dekat pun pening tambahan dengan kesesakan lagi," ujarnya.

Mengulas lanjut, Shila berkata, bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, beliau mahukan suasana tenang dan santai.

"Persiapan raya tahun ini mengandung jadi memang tak nak sibukkan atau peningkan diri di bulan Ramadan, berpusu-pusu membeli baju di kedai atau dalam talian bimbang tidak sesuai dengan selera kita.

"Maka saya melakukan persiapan kelengkapan baju raya untuk keluarga sebulan setengah sebelum Ramadan," katanya.

Penyanyi lagu Masih Aku Cinta ini yang menunggu kelahiran cahaya mata pada bulan Mei itu, sempat berseloroh dengan menyatakan dirinya biarpun kini sedang sarat tidak menghalangnya untuk meraikan Aidilfitri namun tetap perlu berjaga-jaga.

"Tahun lepas sewaktu bertunang saya dah berjumpa dengan keluarga sebelah Ubai dan telah berkunjung ke Pahang tetapi dah sarat ini mereka pasti memahami.

"(Cuma untuk beraya dengan ibu) Saya tak boleh nak cakap seandainya ada, tangan saya terbuka tetapi perancangan khusus tu tiada," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca